Tuesday, May 24, 2011

Aku Jatuh Cinta

As Salam semua^_^ Baru ja menghabiskan satu buku yang sungguh best dan penuh info tentang cinta hehe. Buku itu berjudul YA ALLAH, AKU JATUH CINTA hasil karya BURHAN SODIQ. Buku ini bercerita tentang cinta tanpa diselubungi dosa berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dalam agama Islam. Kepada rakan-rakan muslim, bacalah buku ini anda takkan rugi. Sebenarnya buku ini adik aku yang beli hehe tahnks to my sister.


nie lah muka depan buku tersebut



Buku bertajuk ‘Ya Allah, Aku Jatuh Cinta’ ini memberi bacaan alternatif kepada para remaja tentang perbahasan yang paling disukai manusia, iaitu cinta agar cinta tidak disalahfaham menjadi medan menebar pesona dan membuat dosa. Semoga para remaja mampu melihat cinta secara lebih bermatlamat serta tidak tersilap langkah dalam menilai erti cinta.

Terdapat beberapa intipati yang anda boleh dapati dalam buku ini seperti :
- Peringkat-peringkat cinta dalam Islam iaitu tatayyum, ‘isyk, Syauq, ‘ithf dan intifa’

Cinta dari sudut Psikologi – cinta kerana nafsu, cinta pragmatis dan cinta altruistik.
- Kenali hormon-hormon jatuh cinta – Pheromones, Oxytocin, Vasopressin, Dopamine, Neuropinephrine
- Menjawab persoalan yang selalu diutarakan, “Bolehkah saya jatuh cinta?” menurut perspektif Islam.

Teguklah madu-madu cinta dengan berlandaskan syariat Islam. Jadikanlah hati-hati yang diselubungi cinta indah di dada tanpa mengurakan rasa cinta pada-Mu ya Rabbi…

Ayat yang paling saya suka dalam buku nie ialah= CINTA IBARAT KUPU-KUPU, SEMAKIN KITA MENGHAMPIRI, SEMAKIN IA MENGHINDARI, TAPI KALAU DIBIARKAN IA TERBANG, IA AKAN MENGHAMPIRIMU DI SAAT YANG TAK TERDUGA

SELAMAT MEMBACA

2 comments:

Unknown said...

: teeeeeeeeeeeeeeeeeets :P

JoKo A. Javavi said...

ingatkn ko jatuh cinta sama bini2!! haha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails