Saturday, February 4, 2012

Kewafatan Rasul

Assalamualaikum wtb...selawat dan salam buat Nabi junjungan besar Muhammad SAW...apa khabar semua? semoga semua masih dalam keadaan sihat walafiat..syukur^^
Tiap kali aku membaca kisah ini, air mataku sentiasa mengalir..memang sedih kisah kewafatan baginda SAW..oleh itu, entry kali nie nak berkongsi tentang kisah kewafatan Nabi Muhammad SAW...selamat membaca...



gambar hiasan (di pungut dr google)


Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

sumber: klepot.tripod.com

Friday, February 3, 2012

Asal-usul Maulidur Rasul

Assalamualaikum wtb...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..apa khabar semua..semoga semua dalam keadaan sihat walafiat dan di berkahi ALLAH SWT...amin. tak lama lagi kita akan menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiulawal 1433H bersamaan 5 February 2012.

Entry kali nie nak bercoret tentang asal-usul sambutan maulidur rasul..kita selalu menyambutnya tiap tahun. Tiba2 terlintas di kepalaku bila ia dimulakan..akhirnya, aku pun search2 lah di internet..hasilnya ada kat bawah..selamat membaca^^




Ia dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah.

Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:

“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.

Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa, dalam peringatan tersebut, Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya untuk meraikannya.

Selama tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi, beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut.

Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.

Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.

Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik.

Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti ;

  • al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H)
  • al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H)
  • Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H)
  • al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H)
  • al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H)
  • SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H)
  • al-Imam al-Nawawi (W. 676 H)
  • al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H)
  • mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H)
  • Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H)

dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya.

Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.


sumber: pakarhowto.com

Tuesday, January 31, 2012

HAFIZ


Assalamualaikum(^_^)

Apa khabar semua..hopefully u all in the pink of health^^…Hafiz, sapa Hafiz??? Hafiz tu kawan aku tym diploma..sekarang dia proceed studynya di semenanjung…rindu plak ngan dia..ingat lagi dulu2 tym diploma, dia selalu kejutkan kami bangun solat subuh…panggil kami solat berjemaah..ajak kami ke pusat islam dengar ceramah & solat hajat..kadang2 ajak makan kat café..rindu ngan dia..aji aji aji (nama panggilannya Razian sebut).

Entry kali nie sebenarnya nak coret tentang Hafiz AF7 yg baru ja memenangi AJL 26 ahad lalu…namanya sama ngan kawanku hehe..Hafiz dengan lagu Awan Nano telah menjuarai lagu terbaik & vocal terbaik AJL 26…lagu tersebut hasil composer terkenal Datuk M. Nasir & Budi Hekayat…memang best lagu tersebut…ingat lagi tym diploma dulu, masa lagu tu masih baru & fresh, aku & kawan2 selalu nyanyi dalam bilik & toilet hehe…kalau tym mandi Joko lah yg selalu nyanyi Awan Nano…tym kami serentak mandi (bilik mandi lain2), Joko nyanyi Awan Nano, Zul plak nyanyi Maria Mariana..aku pun nyanyi lh juga..semua nyanyi kuat lagi tu entahlah sapa yg dengar…


Budi Hekayat, Hafiz & Datuk M. Nasir



BIODATA

Nama: Mohd Hafiz B Mohd Suip

Tarikh lahir: 27 February 1990

Tinggal: Kuching, Sarawak

Album: Masih Jelas(2009)

Singles: Masih jelas(2009), Noktah Cinta(2010), Awan Nano(2011), Watak(2012)



ACHIEVEMENT

2009 - Juara AF 7

2011 - AJL 25; vocal terbaik & tempat ke-3-Noktah cinta, Juara Sarawak Youth Icon & Sport Award, Anugerah Planet Muzik 2011; Lagu terbaik-Awan nano

2012 - AJL 26; vokal terbaik & lagu terbaik-Awan Nano



sumber: wikipedia, www.wassupz.com


Sunday, January 29, 2012

AJL 26


ASSALAMUALAIKUM SEMUA(^_^)..hari nie 29 January 2012..hmmm..apa yg istimewa hari nie??? Hari nie merupakan hari yg aku tunggu2 iaitu ANUGERAH JUARA LAGU KE-26 (AJL)..malam nie jam 9 malam di tv3..jangan lupa saksikan ya..




Aku juga merupakan salah sorg fan AJL hehe..so, entry kali nie nak citer sikit tentng AJL..^^ AJL mula diperkenalkan pada tahun 1986 oleh tv3..hari nie AJL telah pun berusia 26 tahun tua 4 tahun dari aku. Juara lagu yg pertama ialah Frencesca Peter dengan lagu Sekadar Di Pinggiran..memang mantap lagu nie..1987 dimenangi oleh Zaiton Sameon, Menaruh Harapan..lagu nie pun aku selalu layan juga..then Ramlah Ram, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu..aku suka chorusnya..’sukarnya utk ku berpisah dgnmu…’. 89 milik Search, Isabella..90 plak Aishah, Janji Manismu..lagu favourate classmateku c Z.

Malam nie merupakan AJL 26 dengan temanya AIR akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Antara lagu2 yg layak ke final adalah Kalau Berpacaran, Sungai Lui, Karma, Kisah Hati, Kekanda Adinda & lain2. Lagu favourate ku ialah Kisah Hati nyanyian Alyah hehe…AJL malam nie juga akan menampilkan bekas juara iaitu Ana Raffali, Jaclyn Victor & Aizat..mampukah mereka menjadi juara buat kali ke 2..kita tunggu..

Hafiz, Faizal Tahir , Ning Baizura, Monolque, Alyah & Yuna merupakan bekas finalis AJL sebelum nie..Yuna akan pertandingkan 2 buah lagu iaitu Penakut & Gadis Semasa…kemunculan artis muda baru iaitu Najwa Latif dengan lagu Cinta Muka Buku..memang best AJL kali nie..tak sabar nak tengok..jom tengok ramai2…

Di bawah merupakan gambar2 finalis AJL 26 bertemakan air…









sumber : myMetro.com & www.gua.com.my
Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget