Thursday, September 8, 2011

RAYAKU DI TAHUN 2011

Hi everyone^^

Sungguh lama ku rasakan tak mencoret something di blog nie. Entry kali nie nak mencoret tentang sambutan HARI RAYA ku hehe. Terlebih dahulu saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H MAAF ZAHIR & BATIN. Semoga kita semua dah kembali ke fitrah semula selepas sebulan berpuasa. Mudah mudahan tarbiah Ramadhan kita menunjukkan hasilnya pada bulan Syawal hinggalah hari hari seterusnya sepanjang hidup kita AMIN…

Pada 1 Syawal yang lalu macam biasa saya dan keluarga pergi ke masjid tuk menunaikan solat Aidilfitri. Masjid yang sebelum nie sungguh luas dan besar menjadi sempit dan terbatas di kala pagi 1 Syawal. Usai solat, masjid kembali selesa..ramai dah yang keluar tanpa mendengar khutbah. Setelah solat, kami sekeluarga pergi ke rumah pak cik dan makcik.

Tahun nie lah raya ku yang paling busy hehe..start 2 syawal dah mula raya sakan ke rumah teman-teman dan kenalan. Raya ke-2, Saznizam mengajak p beraya..aku pun ok ja lah. Turut join ; Aziz, Darminra & Hasri. Raya ke-3 aku p beraya lagi hehe…mula-mula aku ikut Hasri, suddenly Cica suruh drive..apa ble buat drive ja lah. Kami p beraya sehingga sepangar hujung. Raya ke-4 aku cuti hehe. Keesokannya, raya lagi..memang penat tapi kenyang hehe. Selepas beraya sempat juga kami p tengok wayang; HANTU BONCENG…hang out d KK sehingga larut malam…pergi melihat sunset di Kokol, Menggatal…K-Box…finally p tengok citer FINAL DESTINATION 5…di bawah adalah beberapa gambar yg sempat aku gambar dan curi dari FB si Jasmin hehehe...

nie gambar si Dila...tym aku drive kereta abang ipar Cica...



beraya di rumah Ayu(tengah)...



hang out di KK hingga larut malam...pic;Aziz & Nasruh on d way blk rumah



b4 balik beraya dari rumah Atim(baju melayu)



gambar langsung x perasaan di snap..nie si Jasmin yg ambik nie...kami telah tertipu oleh Arhan(kiri) yg menunjukkan ada sesuatu di atas...gambar nie tym beraya di rumah Seri



melihat sunset di Kokol..nice view..dari kiri Jasmin, Taufiq, Aydil & Aziz





_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?744b0bb3be05c6a6454639c5a8e1f4df
Related Posts with Thumbnails