Saturday, February 4, 2012

Kewafatan Rasul

Assalamualaikum wtb...selawat dan salam buat Nabi junjungan besar Muhammad SAW...apa khabar semua? semoga semua masih dalam keadaan sihat walafiat..syukur^^
Tiap kali aku membaca kisah ini, air mataku sentiasa mengalir..memang sedih kisah kewafatan baginda SAW..oleh itu, entry kali nie nak berkongsi tentang kisah kewafatan Nabi Muhammad SAW...selamat membaca...



gambar hiasan (di pungut dr google)


Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

sumber: klepot.tripod.com

Friday, February 3, 2012

Asal-usul Maulidur Rasul

Assalamualaikum wtb...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..apa khabar semua..semoga semua dalam keadaan sihat walafiat dan di berkahi ALLAH SWT...amin. tak lama lagi kita akan menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiulawal 1433H bersamaan 5 February 2012.

Entry kali nie nak bercoret tentang asal-usul sambutan maulidur rasul..kita selalu menyambutnya tiap tahun. Tiba2 terlintas di kepalaku bila ia dimulakan..akhirnya, aku pun search2 lah di internet..hasilnya ada kat bawah..selamat membaca^^




Ia dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah.

Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:

“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.

Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa, dalam peringatan tersebut, Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya untuk meraikannya.

Selama tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi, beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut.

Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.

Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.

Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik.

Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti ;

  • al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H)
  • al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H)
  • Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H)
  • al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H)
  • al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H)
  • SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H)
  • al-Imam al-Nawawi (W. 676 H)
  • al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H)
  • mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H)
  • Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H)

dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya.

Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.


sumber: pakarhowto.com

Tuesday, January 31, 2012

HAFIZ


Assalamualaikum(^_^)

Apa khabar semua..hopefully u all in the pink of health^^…Hafiz, sapa Hafiz??? Hafiz tu kawan aku tym diploma..sekarang dia proceed studynya di semenanjung…rindu plak ngan dia..ingat lagi dulu2 tym diploma, dia selalu kejutkan kami bangun solat subuh…panggil kami solat berjemaah..ajak kami ke pusat islam dengar ceramah & solat hajat..kadang2 ajak makan kat café..rindu ngan dia..aji aji aji (nama panggilannya Razian sebut).

Entry kali nie sebenarnya nak coret tentang Hafiz AF7 yg baru ja memenangi AJL 26 ahad lalu…namanya sama ngan kawanku hehe..Hafiz dengan lagu Awan Nano telah menjuarai lagu terbaik & vocal terbaik AJL 26…lagu tersebut hasil composer terkenal Datuk M. Nasir & Budi Hekayat…memang best lagu tersebut…ingat lagi tym diploma dulu, masa lagu tu masih baru & fresh, aku & kawan2 selalu nyanyi dalam bilik & toilet hehe…kalau tym mandi Joko lah yg selalu nyanyi Awan Nano…tym kami serentak mandi (bilik mandi lain2), Joko nyanyi Awan Nano, Zul plak nyanyi Maria Mariana..aku pun nyanyi lh juga..semua nyanyi kuat lagi tu entahlah sapa yg dengar…


Budi Hekayat, Hafiz & Datuk M. Nasir



BIODATA

Nama: Mohd Hafiz B Mohd Suip

Tarikh lahir: 27 February 1990

Tinggal: Kuching, Sarawak

Album: Masih Jelas(2009)

Singles: Masih jelas(2009), Noktah Cinta(2010), Awan Nano(2011), Watak(2012)



ACHIEVEMENT

2009 - Juara AF 7

2011 - AJL 25; vocal terbaik & tempat ke-3-Noktah cinta, Juara Sarawak Youth Icon & Sport Award, Anugerah Planet Muzik 2011; Lagu terbaik-Awan nano

2012 - AJL 26; vokal terbaik & lagu terbaik-Awan Nano



sumber: wikipedia, www.wassupz.com


Sunday, January 29, 2012

AJL 26


ASSALAMUALAIKUM SEMUA(^_^)..hari nie 29 January 2012..hmmm..apa yg istimewa hari nie??? Hari nie merupakan hari yg aku tunggu2 iaitu ANUGERAH JUARA LAGU KE-26 (AJL)..malam nie jam 9 malam di tv3..jangan lupa saksikan ya..




Aku juga merupakan salah sorg fan AJL hehe..so, entry kali nie nak citer sikit tentng AJL..^^ AJL mula diperkenalkan pada tahun 1986 oleh tv3..hari nie AJL telah pun berusia 26 tahun tua 4 tahun dari aku. Juara lagu yg pertama ialah Frencesca Peter dengan lagu Sekadar Di Pinggiran..memang mantap lagu nie..1987 dimenangi oleh Zaiton Sameon, Menaruh Harapan..lagu nie pun aku selalu layan juga..then Ramlah Ram, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu..aku suka chorusnya..’sukarnya utk ku berpisah dgnmu…’. 89 milik Search, Isabella..90 plak Aishah, Janji Manismu..lagu favourate classmateku c Z.

Malam nie merupakan AJL 26 dengan temanya AIR akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Antara lagu2 yg layak ke final adalah Kalau Berpacaran, Sungai Lui, Karma, Kisah Hati, Kekanda Adinda & lain2. Lagu favourate ku ialah Kisah Hati nyanyian Alyah hehe…AJL malam nie juga akan menampilkan bekas juara iaitu Ana Raffali, Jaclyn Victor & Aizat..mampukah mereka menjadi juara buat kali ke 2..kita tunggu..

Hafiz, Faizal Tahir , Ning Baizura, Monolque, Alyah & Yuna merupakan bekas finalis AJL sebelum nie..Yuna akan pertandingkan 2 buah lagu iaitu Penakut & Gadis Semasa…kemunculan artis muda baru iaitu Najwa Latif dengan lagu Cinta Muka Buku..memang best AJL kali nie..tak sabar nak tengok..jom tengok ramai2…

Di bawah merupakan gambar2 finalis AJL 26 bertemakan air…









sumber : myMetro.com & www.gua.com.my

Saturday, January 28, 2012

Hobi Kami

Salam 1 Malaysia semua(^_^)..ni hao? Harap semua dalam keadaan sihat walafiat..amin. kali nie tiba2 nak buat entry tentang badminton. Badminton menurut kamus ialah satu permainan yang menggunakan shuttlecock/bulu ayam. If ‘badminton’ di pisahkan..’bad’ ‘mint’ ‘ton’…’bad’ membawa maksud perlakuan jahat, ‘mint’ plak pudina sejenis daun dan ‘ton’ ialah unit pemberat (saja nak pisahkan ayat hehe)..so, bila disatukan jadilah jahat pudina unit pemberat..pusing2 jadilah daun pudina yg jahat dan berat hehe(saja buang masa)…


nie lah Taufik Hidayat..tym menang pingat emas olimpik 2004 menewaskan Lin Dan (picture adopted from 2.bp.blogspot.com)


Berbalik ke tajuk utama..player badminton yg paling aku minat ialah Taufik Hidayat, single’s player for Indonesia..dari kecik aku selalu melihat aksinya bermain badminton..beliau merupakan pemenang pingat emas olimpik pada tahun 2004..sempat juga aku tgk final game nie antara Lin Dan dan Taufik…baru2 nie beliau telah ditewaskan oleh pemain yg turut aku sanjungi Datuk Lee Chong Wee dalam Malaysia Open..mmg best tgk diorg beradu…

Kali nie aku tak nak bercoret panjang tentang Taufik or datuk Lee..tapi nak berkongsi sedikit tentang aku dan kawan2 bermain badminton hehe..lain kalilah ya aku coretkan tentang my favourate player Datuk Lee & Taufik…

Start ja bergelar degree student, sukan aku pun beralih hehe..sebelum nie asyik bermain futsal ja.now tambah 1 lagi..badminton..tym main terasa macam Taufik plak hoho..Geng2 yang join main badminton ialah Aydil, Sadre, Azizul, Joko, Zul, Erry, Sarie & El…best main dengan diorg…paling terer main Azizul..maklumlah selalu main..Sadre pun hebat jugak..Sarie pun ble tahan selalu main ngan abgnya…Aydil, Joko, Zul, El & Ery besa2 je..jarang main…huhu Kami selalu main di Yayasan Sabah tapi kalau full kami main di Stadium Likas…


~shuttlecock~



Azizul & Erry VS Zul & Sarie



lagi sekali...Azizul kalah hahaha




di Yayasan Sabah...Joko sedang berjogging...



Aydil, Azizul & Zul @ Yayasan Sabah


Sekian Wasalam..have a nice day(^_^) Majulah sukan utk Negara..GO MALAYSIA!!!

Friday, January 27, 2012

1 DAY @ KUNDASANG

Hi everyone(^_^)…sungguh lama aku tak mencoret ke dalam blog ku ini..semenjak aku masuk degree akaun, tak da kesempatan aku nak berblog huhu..aku hanya sempat buat 1 entry saja hehe…

Sekarang cuti semester dah pun bermula…bulan march lagi akan ku sambung degree ku yakni semester 5..harap-harap result exam ku memberangsangkan..amin

Pada hari Isnin yang lalu bersamaan 23 January 2012, aku, Zul, Joko, Sarie & Azizul telah pergi ke Kundasang. Pada mulanya, kami nak bermalam di sana tapi semua resort & hotel telah full plak..geram. Tak dapat stay kat sana, kami pun tukar plan balik petang. Pada mulanya lagi, kami plan pergi ramai2..tapi Sadre x dpt join..apa ble buat. Untuk tidak menghampakan rancangan yang dah lama dirancang, kami pun pergi lah. Lima sekawan pun bergeraklah dari KK menuju ke tempat yang diimpikan selama ini (oleh Zul).

Kami bergerak seawal jam 7 menuju ke destinasi pertama kami iaitu Kinabalu Park. First tym Azizul ikut kami jalan2..maklumlah budak baru dalam group kami..juga mangsa buli kami hahahaha…kan BOBOI??? Selepas berpenat mendaki bukit utk melihat air terjun di Kinabalu Park, terutama Sarie yang sangat penat..kami pun melanjutkan perjalanan kami ke Poring Hotspring. Tujuan utama adalah tuk mandi air panas semulajadi..tapi malang sungguh nasib Azizul yang nak sangat mandi…kolam air panas di banjiri oleh orang..aku tengok air kolam pun dah jadi kuning masih juga diorang mandi..eeeeuuuuu gelinya…kami tak jadi mandi tapi kami pergi ke Canopy Walkway yang aku idam idamkan selama ini.

selepas melihat view..otw turun ke bawah..Sarie nampaknya bersemangat...



Azizul amat hampa...tempat mandi di penuhi manusia...



Canopy Walkway..bikin takut..scary+_+


After that, kami pergi lihat air terjun..niat mula2 just tgk2 je..akhirnya Azizul & Zul termakan pujukan rayu sang air terjun. Mereka pun mandi lah..best plak Nampak diorang mandi..rasa nak join juga huuhuhu…Selesai mandi, kami pun menuju ke New Zealand bak kata Azizul..Ladang Tenusu..Ladang Tenusu Mesilau…sempat juga kami tgk lembu2 tu di ambik susu..sebelum balik kami beli susu..susu segar tu hmmmm nyam nyam…ada perisa coklat juga…minum susu anda jadi sihat dan kuat (eh!! Cam lain ja lagu tu) hehe



air terjun yang sungguh sejuk huhuhu



batu selamat datang




nie lah lembu-lembu yang kami minum susunya nyamnyam.. delicious



Sarie, Zul, Aydil & Joko...Boboi ambik gambar eh silap;)



susu Zul mana??? Zul tak belikah???




kereta yang membawa kami ke Kundasang...


Selesai minum susu, kami pun pulang…bestnya hari tu..Azizul seakan akan berada di London, Switzerland, New Zealand..walhal masih di Malaysia hahaha…panjang umur & murah rezeki akan ke sana lagi..banyak lagi tempat2 menarik yang tak sempat kami kunjungi..Jumpa lagi kundasang BYEBYEBYE…dah 3 tahun lebih aku tak ke sana..gembira dapat ke sana lagi(^_^)


suatu hari nanti kami akan ke sana hehe



Wednesday, January 11, 2012

(^_^)

will be back soon...
Related Posts with Thumbnails