Sunday, October 9, 2011

i'm back

dah lama tak post entry baru semenjak menjejakkan kaki ke UiTM Sabah mengambil kos degree in accountancy. Dari minggu pertama hingga hari nie assingment dan tutorial makin banyak dan berlambak-lambak. Memang betullah kata orang, diploma different with degree. Diploma ada masa tuk relak2, degree plak mau relak pun payah...arrrgggghhhhhh!!!(tension). Rasanya macam nak menjerit ja bila melihat semua kerja yang banyak nie...khamis nie ada kuiz, study pun belum di sebabkan assignment yang nak di submit makin banyak. Sekarang masa tuk men game pun dah x da huhu..tapi masa tuk si dia tetap ada hehe....

Actually aku tak tau nak coret pa hari nie...hmmmm..k lah memandangkan x da citer, aku end kat sini je lah entry ku ya..hehe bye2




2nd week study..makan di kfc with rakan2..c joko rupanya ada GF dah..hehe





nie lah logo club degree akaun...nice








_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Thursday, September 8, 2011

RAYAKU DI TAHUN 2011

Hi everyone^^

Sungguh lama ku rasakan tak mencoret something di blog nie. Entry kali nie nak mencoret tentang sambutan HARI RAYA ku hehe. Terlebih dahulu saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H MAAF ZAHIR & BATIN. Semoga kita semua dah kembali ke fitrah semula selepas sebulan berpuasa. Mudah mudahan tarbiah Ramadhan kita menunjukkan hasilnya pada bulan Syawal hinggalah hari hari seterusnya sepanjang hidup kita AMIN…

Pada 1 Syawal yang lalu macam biasa saya dan keluarga pergi ke masjid tuk menunaikan solat Aidilfitri. Masjid yang sebelum nie sungguh luas dan besar menjadi sempit dan terbatas di kala pagi 1 Syawal. Usai solat, masjid kembali selesa..ramai dah yang keluar tanpa mendengar khutbah. Setelah solat, kami sekeluarga pergi ke rumah pak cik dan makcik.

Tahun nie lah raya ku yang paling busy hehe..start 2 syawal dah mula raya sakan ke rumah teman-teman dan kenalan. Raya ke-2, Saznizam mengajak p beraya..aku pun ok ja lah. Turut join ; Aziz, Darminra & Hasri. Raya ke-3 aku p beraya lagi hehe…mula-mula aku ikut Hasri, suddenly Cica suruh drive..apa ble buat drive ja lah. Kami p beraya sehingga sepangar hujung. Raya ke-4 aku cuti hehe. Keesokannya, raya lagi..memang penat tapi kenyang hehe. Selepas beraya sempat juga kami p tengok wayang; HANTU BONCENG…hang out d KK sehingga larut malam…pergi melihat sunset di Kokol, Menggatal…K-Box…finally p tengok citer FINAL DESTINATION 5…di bawah adalah beberapa gambar yg sempat aku gambar dan curi dari FB si Jasmin hehehe...

nie gambar si Dila...tym aku drive kereta abang ipar Cica...



beraya di rumah Ayu(tengah)...



hang out di KK hingga larut malam...pic;Aziz & Nasruh on d way blk rumah



b4 balik beraya dari rumah Atim(baju melayu)



gambar langsung x perasaan di snap..nie si Jasmin yg ambik nie...kami telah tertipu oleh Arhan(kiri) yg menunjukkan ada sesuatu di atas...gambar nie tym beraya di rumah Seri



melihat sunset di Kokol..nice view..dari kiri Jasmin, Taufiq, Aydil & Aziz





_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?744b0bb3be05c6a6454639c5a8e1f4df

Tuesday, August 23, 2011

NOSTALGIA RAMADHANKU


As Salam^_^

Wah!! Sungguh lama x jenguk blog nie huhu. Hari nie dah masuk ke 24 Ramadhan bersamaan 24 August. Tak lama lagi bulan yang suci dan penuh barakah nie akan melabuhkan tirainya. Sekarang dah masuk ke final stage of Ramadhan yakni fasa pembebasan. Mudah-mudahan kita semua mendapat kebebasan dari api neraka amin.

Puasa hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Masjid-masjid dan surau-surau semakin susut jemaahnya..pada awal puasa masjid dan surau penuh sesak sehingga ada tak dapat tempat. Sekarang, kanak-kanak yang datang senang hati berlari main kejar-kejar. Sebaliknya, pusat-pusat membeli belah dah semakin sesak , jalan2 raya dah sesak gila babi, baju2, kain langsir dah banyak terjual. Dapur rumah dah sibuk dengan bermacam jenis kuih raya. Begitulah tiap tahun scenario bulan puasa di Malaysia. Semakin nak dekat raya semakin tak sabar nak raya. Tiba2 teringat akan tajuk buku SOLUSI ISU 34; SEKIRANYA INI RAMADHAN TERAKHIR, LAYAKKAH AKU BERHARI RAYA?

Ok. Kembali ke tajuk utama hehe. Kali nie aku nak coret tentang bulan Ramadhan ku sepanjang Diploma di UiTM Sabah. Sebanyak 3 Ramadhan sepanjang aku diploma; semester 1,3 & 5. Tym semester 1 dulu semua roomateku non-muslim jadi aku jaranglah stay di bilik. Sepanjang Ramadhan aku stay di bilik member cuz takut tak dapat bangun sahur. Malangnya, banyak kali juga kami tak bangun sahur..sayang ja makanan kami basi huhu.


gambar nie tym BASMI-part 1 (berpuasa tym BASMI)



tym part 1 stay di bilik Sadre(tengah), joko(kiri), aku(kanan)


Tym part 3 plak, aku sorang ja di bilik tak da roommate. Apa lagi, tiap malam pun aku stay bilik memberlah. Bilik yang menjadi mangsaku kali nie bilik Sadre jugalah..thanks Sad. Tym part 5 lagi awesome, semua student lelaki di pindahkan ke asrama baru. Dah la tym tu puasa, kami ada test lagi pagi dan petang..sungguh mencabar iman lah pada masa tu. Kami semua berpuasa masih mampu mengangkat barang2 dan menjalani ujian. Natijahnya, gagal lah test ku huhu.



gambar di Pusat Islam (P.I) before solat terawih



sungkai di rumah sewa diorang Mayanti..si Hel pun turut serta



berpuasa bersama roomate baru tym part 5; dari kiri Shari, aku, Bob dan Dilsa


Biarpun banyak cubaab dan dugaan..puasa ku tetap full hehe. Semoga kita dapat bersahur, berterawih, berbuka dan berpuasa bersama-sama lagi...SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA^_^


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?744b0bb3be05c6a6454639c5a8e1f4df

Friday, August 5, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAKH

As salam^_^

Selepas ja blogwalking..terasa nak post something plak hehe. Semua orang bercerita tentang Ramadhan; ada yang citer tentang bazar, makanan berbuka dan macam2 lagi. Aku pun nak lah juga post tentang puasa hehe.


HAPPY RAMADHAN MUBARAKH^_^



Dah masuk 5 Ramadhan kita semua berpuasa..tak lama lagi raya hehe. Awal bha raya. Tadi tym jalan2 cari buku SOLUSI ISU 34, ternampak orang tengah beli baju raya..hmmm tidak kah terlalu awal. Puasa baru ja mencecah 5, masih lagi dalam fasa 1 yakni fasa RAHMAT. Mereka plak dah tak sabar nak raya. Nie lah apa yang berlaku dewasa nie..umat Islam semakin jauh dari Islam. Tidakkah mereka suka dengan datangnya Ramadhan yang penuh mulia nie. Tiap amalan dan ibadah yang kita lakukan pada bulan nie semuanya mendapat ganjaran yang sungguh lumayan daripada Allah swt. Betullah kata khatib jumaat yang lalu...hari nie bulan Ramadhan merupakan bulan untuk mencari rezeki yang lebih..bazar sana sini...shopping mall sales sana sini..semuanya mengejar kekayaan. Tym solat terawih mereka masih lagi sibuk dengan jualan bazar mereka. Sepatutnya, bulan Ramadhan merupakan bulan yang khusus untuk beribadah dengan melebihkan urusan akhirat dan mengurangkan urusan dunia...

Mudah mudahan Ramadhan kali ie merupakan Ramadhan yang lebih bermakna dan baik dari Ramadhan yang sebelum...Akhir kata, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1432H dan semoga bulan Ramadhan kali nie menjadi platform tuk kita semua umat Islam semakin bertakwa selamanya..AMIN

Thursday, July 28, 2011

SAMA TAPI TAK SERUPA

As Salam semua..harap kalian always sihat walafiat. Tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma...semoga kita dapat ditemukannya AMIN. Sementara itu, pasukan Malaysia akan menentang Singapura pada malam nie..semoga Malaysia mampu tewaskan Singa yang telah merobek harimau pada match yang pertama di Singapura tempoh hari..AMIN.

Oklah..berbalik kepada tajuk entryku kali nie hehe...sama tapi tak serupa. Apa ya??? Sebenarnya semenjak dua menjak nie aku tercari-cari idea..nak post apa ya tuk blog ku. Finally aku dah ada idea hehe...selepas melihat gambar2 kenangan yang telah ku simpan dalam laptopku, tercetuslah coretan kali nie haha...semua yang aku coret di sini hanya sekadar gurauan. Harap, muka2 yang terlibat tidak terasa dan marah dengan aku ya..sorry 100000000000000 kali huhuu...semoga di halalkan apa yang aku post...



sama kan gaya diorang...nama pun sama 2 2 nenek haha



nie plak 2 2 itik hahaha...



haha muka x serupa tapi gaya mereka sama..acchhhhggg




nie lagi x serupa..tapi klau yg pegang gitar tu nyanyi ala2 ning baizuralah suara dengungnya..mklumlah artis labuan hahaha



nie lagi x serupa tapi sama hahaha....moto moto..klau sarie tegakkn badan pasti sama dan serupa




aku gelarnya tiang...macam sama ja 2 2 tu kan???hahahaha



sebelah kiri tu digelar jongang...giginya pun cam arnab...tapi comel lagi arnab lah hehe



ayam serama..yang satu versi orang yang satu lagi versi binatang hahaha



nie plak woody woodpecker ngan zulaika...2 2 x pandai berhenti ketawa hahaha



jabulani..yang satu bola..yg satu lagi si Ino@jabulani hahaha



nie last gambar..paling hebat....muka serius tu si Arifah, kami gelarnya lady gaga..cuba perhatikan betul2..langsung x sama dan x serupa hahaha

Monday, July 18, 2011

AKU BENCI

Tiap insan pasti ada something yang disuka dan dibenci kan..kalau semua pun disuka itu manusia takda perasaan kali and kalau semua dibenci itu orang gila kali..thats why lah manusia yang normal ada kedua-dua nya sekali; suka dan benci. Kali nie aku nak coret tentang 1 perkara yang paling aku tak suka plus benci.Perkara itu adalah gunting rambut. Memang activity nie lah yang the most aku tak suka..benci dan rimas nak pegi adjust rambut yang selekeh. Dah lah panjang aku tak suka..gunting lagilah aku tak suka. Kenapa ya??? Biar aku jawab sendiri hehe..

Pertama, pa yang dihajatkan before gunting rambut tak kesampaian..tak pernah apa yang aku bayangkan terjadi..lain diminta, lain jadinya..aku nak cam rambut shah rukh khan tak dapat huhu…dah lah muka ku nie bida, lepas gunting rambut tambah bida bha huhu

Kedua, lepas gunting rambut acap kali lah cermin menjadi teman hehe…asal Nampak cermin, terus berdiri depan melihat rambut “baru” sambil bermonoloq, “bida juga orang tu gunting”. Bila bida, tukang gunting bha disalahkan..walhal tym abis gunting tak mengomen terus face to face…

Ketiga, nielah yang paling tak disuka..diejek kawan lah huhu…bila lihat rambut baru kecoh terus. Apa lagi kalau ada sumpak…diolok ja lah jawabnya…

Hmmm..tapi sebenarnya..rambut pendek lagi best dari rambut panjang(tuk lelaki ja). Rambut pendek rasa selesa..sejuk, tak yah nak sentuh2 rambut, tak yah nak susah2 shampoo…yang paling best ramai pompuan suka lelaki rambut pendek hehe…



nielah rambutku yang panjang dan merimaskan...


nie lah rambutku sebelum potong hehe



nie pun sama...eksen ja nie..bukan pandai men tu alat music pun hehe



tadaaaaaaaaa....my new hair..bida kan hehe



Tuesday, July 12, 2011

RUMAHKU SYURGAKU

Hi semua...sungguh lama tak jenguk blog nie pa lagi post entry baru..al-maklumlah sibuk memanjang membantu my father meruncit hehe. A lot of thing i have learned yang sungguh bermakna buat diri nie yang semakin meningkat dewasa tuk menghadapi dunia yg semakin banyak pancaroba nie...this tym nak citer tentang rumahku..bak kata pepatah, "RUMAHKU SYURGAKU".

Baru2 nie kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru yg terletak di PUTERA JAYA KK..bukan PUTRAJAYA di KL tu hehe...nie merupakan kali yg ke-3 kami berpindah rumah..first rumah ku di KG BAKAU LIKAS..tempat ku membesar daari kecik sampai besar..sungguh banyak memori indah sewaktu berada di KG BAKAU huhu..then kami moved ke TELIPOK RIA yg berada di kawasan TUARAN bukan lagi KK huhu jauh sungguh dr bandar..3 tahun kami stay di sana..macam2 dah kenangan yg tertinggal huhu..yg paling aku rindu ialah HAIKAL...dr kecik ku bersamanya..


nie lah suasana rumahku di TELIPOK RIA



tulah HAIKAL yg aku dukung..comelkan cam org yg dukungnya haha



Now, tempat baru kami ialah TAMAN PUTERA JAYA. Rumah ku terletak di lorong 4 no.10..klau raya nanti datanglah ya..kedatangan kalian always di alu-alukan...
Pindah rumah memang memenatkan huhu...tym angkat segala baranglah yang paling sengsara..dah la tym angkat barang ari tu aku tak da tido malam gara2 tengok citer TRANSFORMER 3 ngan kawan2 di CP...apa lagi badan pun penat gila babilah,mata jadi panda haha...jom tengok gambar rumahku di bawah:


nie pintu ngan kipas...


yg nie plak sofa tempatku tido dulu tym di TELIPOK RIA hehe



nie plak tv yg dah lma siap guna entena dalam lagi hehe


segala yg diperlihatkan belum lagi official hehe...kami sekeluarga excluding adik pompuanku yg kini berada di Perak masih lagi mengemas dan menyusun segala barang...memang penat dan menyusahkan huhu..thats all 4 today...thanks cuz read my blog..bye2
^_^

Sunday, June 26, 2011

JOM..

Dah seminggu lebih aku pergi membantu ayahku menjual…macam2 pengalaman dan pelajaran yang telah aku dapati, memang tak senang nak mencari duit tuk keperluan hidup lebih2 lagi yang dah ada tanggungan. Entry this tym bukan nak citer pasal jual2 tapi nak citer tentang JOM HEBOH..hehe. Dah 5 tahun, akhirnya media prima kembali ke Sabah tuk JOM HEBOH yg dulunya di kenali as a SURE HEBOH yang pernah datang sebanyak 2 kali ke Sabah.

2 SURE HEBOH sebelum nie yang berlangsung di Yayasan Sabah, kemudian di Stadium Likas turut aku kunjungi hehe..Pada hari nie plak, aku p JOM HEBOH buat juling2 kalinya excited ooo…ingat nak p ngan kawan2 diploma tapi x sempat huhu. Tadi aku just go there alone berharap dapat jumpa kawan2 hehe..ternyata aku bertuah kerana dapat jumpa kawan & join diorang terus hehe. Aku join ngan diorg Taufiq, Nas, Sharil & Noris…sempat juga aku berjumpa ngan kawan2 sekolah menengahku; Fiqah, Naty & Affey.

Boleh tahan jugalah JOM HEBOH kali nie dapat jumpa artis hehe..jakun bha org Sabah nie ngan artis haha..aku dapat jumpa Nora Danish, Fasha Sanda, Salma dan banyak lagi yang x ku kenali namanya hehe. Pengunjung pun sangat ramai even cuaca sangat panas. Aku Nampak ramai yang dah berkampung dari tengahari sampai malam sekeluarga di sana…hebat ooo. Yang paling aku suka JOM HEBOH nie ialah surau disediakan, ble juga org ramai beribadat dengan senang.

Boot yang paling aku suka ialah AL-KULIYAH..Dapat tengok bagaimana orang kerasukan diubati oleh Ustaz Sharhan Safie. Hebat ustaz nie dalam perubatan Islam..dah lama nak tengok beliau dekat2 akhirnya dapat juga hehe. Sempat juga aku beli bukunya yang berjudul “PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN JIN & SIHIR siri 2”..dah lama aku dambakan buku nie..finally I got it yeeaaa..excited sungguh nak baca hehe.


nie lah senario d JOM HEBOH...


kanak2 di TV3 KIDS...


lihat baju biru tu..keseronokan tengok artis..pondan tu sebenarnya haha dapat juga ambik gambar hehe...



Thursday, June 23, 2011

GREEN LANTERN & LADDALAND

Hi minna ^_^

Entry kali nie nak borak tentang movie plak hehe…even aku dah tengok beberapa hari yang lepas tapi rasanya belum terlambat lagi aku nak citer kat blogku hehe. Baru2 nie aku dah tengok 2 movie yang latest dan sangat diminati ramai iaitu GREEN LANTERN & LADDALAND.

GREEN LANTERN merupakan adaptasi movie dari Marvel Komik. Sapa yang minat tengok citer cartoon orang putih mesti tau tentang citer nie. Nama hero dalam citer nie sama ngan nama kawanku si Hel…heroinnya pun sama juga, namanya Carol..tym tengok movie nie di panggung balik2 teringat diorang hehe tapi perangai diorang x sama dalam citer nie lebih2 lagi si Hel hehe. Carol dalam citer nie lebih cantik dari kawanku si Carol haha:P

GREEN LANTERN merupakan satu badan kuasa seperti polis atau askar yang bertanggungjawab menjaga keamanan alam semesta. Alam semsta dalam citer nie telah dibahagikan mengikut sector..tiap sector ada GREEN LANTERN masing2. Citer nie memang best dan mempunyai unsur komedi sikit. CGI nya pun boleh tahan dan paling awesome ialah suit heronya…memang smart dan menawan. Kalau tengok 3D pasti teruja. Apa2 pun enjoy jugalah tengok citer nie even just 3 of us; Zul dan Afif.


tu lah Hel, hero citer GREEN LANTERN..mcm HITRIK ROsHAN plak aku nmpk haha


LADDALAND is a horror movie. Pada hari Isnin plak sehari after tengok citer GREEN LANTERN aku p tengok citer LADDALAND. Citer nie mmg suspend dan seram..tekanan aku tengok, balik2 tutup mata guna tangan hehe. Actually, I don’t like citer seram nie tapi kawan lain nak sangat tengok..layan bha. Ini merupakan citer seram yang 4 aku tengok d panggung; JANGAN TEGUR, COMING SOON & HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. 5 orang kami tengok citer nie; Zul, Sarie, Hafiz & Erry.

Tak sangka plak Hafiz yang alim pun terkejut gila babi tym tengok citer nie haha…Sarie plak terkejut gara2 Zul terkejut haha. Erry lah yang paling relaks aku tengok..macam x da prasan ja bha tengok citer nie hehe(gurau ja Erry).


nie plak heros dalam citer LADDALAND..anak pompuan family nie memang lawa..suka aku tengok hehe


Pergilah tengok citer nie klau ada masa free..pasti anda puas hati.

Thursday, June 16, 2011

AKU RINDU...

Sebelum nie aku selalu berfikir zaman sekolah menengah lah yang paling best dan akan selalu ku ingati. Ternyata aku silap huhuhu…now I realized zaman yang paling best dan akan ku kenang selalu ialah zaman diploma ku. Dulu time secondary school aku seorang yang pemalu dan tak suka bercakap, hanya bercakap when perlu ja. That’s why lah aku tak ramai kawan perempuan..tapi ok juga lah aku ada ramai kawan lelaki. Syukur tak juga banyak dosa haha. Kawan2 perempuan yang aku rapat hanya 3 orang iaitu classmateku hehe. Kesian kan 3 orang ja bunga time aku sekolah menengah tapi bila masuk UiTM, lelaki plak yg 3 ja huhu.

Today, aku dah usai aku punya diploma di UiTM Sabah selama 3 tahun. Memang banyak kenangan manis mahupun pahit sepanjang perjalanan ku mencari ilmu. Until today, masih lagi aku bermimpi nak kembali study…bosan kan di rumah tak kerja haha..nda pa klau badan naik nie tak huhu. Betul lah kata orang, zaman study lah paling best eventhough susah dan payah tapi ada kenangan terindah di baliknya…haha aku pun sedar.

When I bored, mulalah aku terkenang masa diploma ku haha. Aku rindu nak ke kuliah pagi2 bangun awal biarpun tak cukup tidur, berebut-rebut naik bas..tolak menolak haha(siswi jugalah ganas time nak naik bus,serender bha lelaki haha). Aku rindu nak buka buku untuk siapkan assignment biarpun tak pernah buat kerja yang disuruh oleh lecturers hehe. Aku rindu suara2 madam2, sir2 yang mengajar dan memarahi kami sambil memaki, meyumpah dan menpsiko kami huhu. Aku rindu suara riuh classmate ku yang bising time take 5 macam pasar ikan huhu. Aku lagi rindu datang lewat p class haha.

Aku rindu kereta myvi si Zul, gaya, pertuturan, lawaknya, marahnya si Zul huhu..dah lama tak kacau Zul, buat dia marah dan geram..” eeeeeeeeeee..geramnya..nanti ko Dil” kan Zul. Aku rindu Jessica si Sadre a.k.a kancil sadre. Bila ingat balik, teringat gaya machonya bawa kereta sambil isap sigup haha..berasap aku duduk di belakang..Sadre pun pandai geram juga bila olok tentang si M pasal dia haha”kimbet kamu/kalau men bola jgn tendang kaki bha(muka marah)/hahaha..sudahlah zul sakit(muka kesakitan di cubit Zul” kan Sad huhu. Aku rindu kawan jawa ku si Joko, before tido kacau dia wat dia marah haha..teringat dia berteriakan time ada kerawai masuk bilik haha tidak lupa juga pukulannya yang sungguh kejam dan sakit time dia marah dan ketawa secara tiba2”hahaha(gaya ketawa Joko), lucu bha mdm Betsy usai rambutnya haha”kan Jok huhu. Aku rindu Sarie, nak bawa keretanya yang balik2 dia kata nak modify hehe..rindu olok dia ada hubungan sult ngan si J haha.”kimbet kamu”..rindu gaya makannya yang sentiasa bocor time makan pasti ada tumpah hehe..paling aku ingat time tumpah milonya oleh si Joko haha..”alaaaaa hhhaaaaaaaaaaiiiiiiii(muka kaget sambil mengeluh/ngantuknya aku” kan sarie huhu Aku rindu suara menjengkelkan si Shah haha dan gayanya yang menjuki tu…”haaabbbuutttt/acchhhhiiiiggg/semogalah/yalah2/malasnya aku”kan Shah huhu. Aku rindu gaya bikin panas si Heljony huhu…lucu nie time dia kena tampar oleh Joko haha”hahaha(Hel ketawa)/madam salah tu(time class)” kan Hel huhu

Aku rindu nasi lemak Ella, jelingan Ella, senyuman nya haha..pandangannya memang membunuh kan Ella huhu. Aku rindu ketawa pendek Shakila huhu…”luculah aydil haha(sambil pegang mulut)..bau kali mulutnya haha”kan Kila huhu. Aku rindu mulut becok si Carol time aku tuduh dia tak mandi huhu”ko lah yang tak mandi..muka mengantuk lambat bangun(sambil menjelirkan lidah)” kan Carol huhu. Aku rindu si macik kecik ku, Emma…olok dia dengan abang Mie nya hehe”aku tumbuk ko pacik(sambil menunjukkan buku limanya)”kan Emma huhu. Aku rindu mulut popet si itik, Mayanti yang selalu ejek tahi lalatku yang manis nie hehe..dia jeles kali x da tahi lalat haha”ku cabut tahi lalatmu aydil/poo shit haha(gaya itik haha)”kan May huhu. Aku rindu suara sshhhhhuuuuu Ezra Tamina eh salah, Fellicia J hehe…time orang bising2 especially si Zul dalam class datanglah bunyi “sshhhuuuuuu”kan Fel huhu. Aku rindu si nenek yang panas baran, Cornelia..”nenek diam(muka bengis)”kan Nenek huuuu. Aku rindu Lady Gaga…”ha!(muka bingung)”…rindu lihat raut wajahnya time aku soal “ko dah berak???” kan Ari huhu. Aku rindu Yan si delayed..apa2 citer pasti dia lambat faham haha”apa bha..eeeee” kan Yan huhu. Aku rindu ketawa Sakinah, kacau Merilyn yang akhirnya aku di tumbuk huhu sakitttt!!!!, rindu lawak first class Nora Elena…(Nora sebenarnya), hantar mesej ngan Fieza inform yg lain/4wad kepada kwn2 lain huhu. Aku rindu Aron buat lawak time study..tension bha Joko haha”aik!haaaee” kan Ron, rindu muka Mima yang menunjukkan hidung babinya sambil kuar lidah bleeewwwkkk…rindu tudung faten yg sentiasa luar biasa kan Faten huhu. Aku rindu tarik meja time Ino limpas betapa babatnya dia, rindu si ayam serama..selalu kami citer hal peribadi haha baru2 nie through FB yaaayyy, aku rindu Hawa(apa ya????...”kurennggg”)kan Wawa..rindu Jojo, Ira, nyanyi lagu HARUSKAH..kan jo kan Ra huhu Sofia, yang belanja aku makan strawberry, dengar dia memaki hamun..dengar keluhannya kan Sofi..aku rindu tengok kerenah Liyana yang gedik “kajili-jili kan Liyana”huhu…si Zira.macam na mau download naruto,pinjam kreko sampai sekarang dia tak bagi pinjam huhu. Farrah yang always diam tapi senyum^_^. Imelda yang balik2…”boleh saya,boleh saya,boleh saya…” BOLEHHHH!!!! MACAM IKLAN Milo haha kn Imelda huhu. Aku rindu kacau si Lydia, Ain, Filza..rindu bawa keta putih datin…haha huhu. Aku rindulah semuanya bersama kalian aarrrggghhhhhh!!!!!

Aku rindu men basketball with all of you time ajar kawad…macam mengajarkan haha..rindu time buat preparation tuk kawad huhu..potong potong geng kan Datin..spray spray ging ..conteng2 p muka ku kan Jo huhuhu…I miss everything with u guys..aarrrgggghhhh!!!!!

Kalaulah masa itu milik kita..akan ku lihat semuanya semula. After this kita tak tau pa yang akan berlaku…adakah kita akan bersama semula. Or ada yang akan pergi ke haluan masing2..hanya Tuhan yang tahu. AKU RINDUUUUUU!!!!!!!


Monday, June 13, 2011

RACUN HALUS

Salam semua..dah lama tak post entry baru hehe. Bukan sibuk tapi tak da idea..maklumlah duduk rumah ja sepanjang cuti nie. Bila orang tanya, tak keja???? Senang ja jawapan.."nak gemukkan badan hahaha." Mudah mudahan makin naik lah saiz badan ku nie ya..AMIN.

Oklah..entry kali nie nak citer tentang SANTAU. Mesti kalian tahu kan pa tu SANTAU.
SANTAU atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninngal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.(Di petik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Santau)


nie plak film SANTAU yg belum pernah lagi aku tengok hehe

Pada hari jumaat yang lepas, saya telah menonton rancangan tv3 iaitu AL-KULIYAH yang membincangkan tentang SANTAU. Rancangan tersebut telah memperlihatkan bagaimana nak mengeluarkan santau dari badan seseorang. Macam2 yang keluar dari badan mangsa seperti paku, kaca, dan sebagainya yang tajam. Yang peliknya, tak da darah dari benda-benda tersebut. Ada juga beberapa tips yang telah diberikan bagaimana nak mengelak dari terkena SANTAU antaranya sentiasa atau selalu membaca AL-FATIHAH atau ayat KURSI. Jadi, sesiapa yang selalu solat secara tak langsung telah mempunyai pendinding keran selalu membaca AL-FATIHAH time solat.

Selain itu, ada juga tips bagaimana nak tahu yang seseorang itu terkena SANTAU. First, batuk yang berpanjangan contohnya selama 5 tahun atau 10 tahun tak berhenti. Second, batuk yang mengeluarkan darah manis yakni darah yang merah bukan darah yang gelap.Next, kuku berwarna biru, bawah mata hitam kerana tak cukup tidur, badan ada lebam walaupun tak pernah di pukul, dan apa lagi ya...rasanya da lagi tapi lupa lah hehe. Berkenaan mimpi plak, orang yang kena SANTAU akan mengalami mimpi di patuk ular, di kejar binatang2 buas dan berbisa, mimpi jatuh yang menyakitkan...rasanya itu ja.

So, kepada anda yang di luar sana, berhati-hati lah selalu kerana racun halus atau SANTAU nie sangat berbahaya..tingkatkan lah keimanan kita agar tidak mudah terkena SANTAU dan sekiranya dah kena cepat2 lah berubat.


Tuesday, June 7, 2011

FOR THE REST OF MY LIFE-MALAY VERSION

Sepanjang Hidup
(For the rest of my life)
Maher Zain

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi


SUMBER: http://akuinsanlemah91.blogspot.com/2011/06/sepanjang-hidup.html







Sunday, June 5, 2011

KISAH DI NERAKA

✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) (*_*)




Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa ribamerupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baikuntuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehinggaLALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

SUMBER:FACEBOOK Safiyah Layyinul Harir

Friday, June 3, 2011

ARMAGEDON 2012

Hi everyone!

Entry kali nie nak bercerita sedikit tentang buku yang baru ja aku usai baca..hehe Buku nie berjudul ARMAGEDON 2012. Pelikkan tajuknya…buku hasil karya MOHAMMAD ALEXANDER keluaran PTS. Buku nie merupakan buku ke 3 hasil beliau. Buku pertama ialah ALEXANDER ADALAH ZULKARNAIN, ke 2 pula ialah YAKJUJ MAKJUJ. Buku pertama ada ngan kawanku tapi aku belum baca lagi..buku ke 2 pula ada juga di rumah tapi malas aku baca hehe.

ARMAGEDON 2012 menceritakan tentang serba sedikit film ARMAGEDON dan 2012. Betulkah ramalan film tersebut yang menyatakan planet biru akan datang menghempas bumi dan kehancuran yang berlaku pada disember 2012??? Semuanya telah dijawab dalam buku nie. Selain itu, buku nie juga menerangkan tentang tanda-tanda kiamat, kisah dajjal, Nabi Isa, Yakjuj makjuj dan banyak lagi berdasarkan AL-QURAN dan HADIS. So, bacalah buku nie…memang best dan penuh ilmiah.

nie lah muka depan buku tersebut...

Friday, May 27, 2011

SYUKRAN

Hi semua!^_^

Finally, after 3 years study at UiTM Sabah since July 2008, I finished my diploma. Syukur tak terhingga aku panjatkan kepada ALLAH SWT yang telah memberikan nikmat yang sangat banyak dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tanpa pertolongan daripada ALLAH SWT, tak mungkin aku berjaya menamatkan diploma pada masa yang ditetapkan. Terima kasih juga kepada keluarga yang banyak menolong..mama, bapa, pakcik..thanks..adik2 juga.

Terima kasih juga kepada kawan2 yang banyak membantu..tanpa bantuan anda siapalah saya. Thanks a lot buat Zul, Sadre dan Shahari yang banyak membantu sepanjang 3 tahun kita bersama..terima kasih kerana meminjamkan kereta anda. Aku masih ingat lagi time pertama kali aku pinjam kereta Zul, aku pinjam sebab nak beli charger laptop pastu kami pegi jamming x bawa tuan punya kereta lagi hehe…Masih segar lagi diingatanku time kita jalan2 pegi tanjung aru..kalau x silap 8 orang kami sumbat dalam kereta Myvi Zul..sorry zul hehe..tak lupa juga kepada Joko yang selalu membantu, terima kasih kerana selalu post di group kita sebagai wakil ku hehe..minta maaf ya Jok, aku kadang2 mengencang bila ko bertanya pasal study..aku memang cam tu kadang hehe sorry. Kepada Heljony, thank u juga..selalu kami Tanya dan minta tolong kau biarpun aku x banyak bertanya hehe. Tidak lupa juga kepada Sashrieq..thanks banyak tolong dalam hal2 yang melibatkan HEA dan HEP serta info2 yang berguna hehe. Tak lupa juga kepada kawan2 classmate dan coursemate ku..Yan, Fel, Ari, Sakinah thanks biarpun tak tau pa kmu tolong aku hehe… Imelda, sofia, cornelia, farah..carol,emma,hazirah,liyana,filza…mayanti,Ino, zarenny, shakila,merilyn, nora, fatin..thanks guys…ella, Jaja , mima terima kasih..dan semua lah yang membantu..


part 1-selepas menang tempat ke-2 kawad



part 2-jalan2 di tanjung aru..kanak2 riang

Aku masih ingat lagi time di simpang mengayau, perkhemahan JPA..temankn diorg si emma p toilet..diorang memang penakut..anjing pun nak takut hehe…time ke kundasang ngan diorang shah, cornelia, sofia dan Imelda..tak sangka aku drive ke kundasang..klau mama ku tau mampus aku hehe..masih segar lagi di kepala ku time group dengan diorang…macam2 kerenah diorang smua tak nak mengalah ishk3…dalam class masih lagi aku ingat si nora yang selalu melawak bila dah nak pulang…si carol yang selalu di ejek pasal mandi..paling aku ingat time duduk sebelah nora class AIS part 4..tension jg sebelah dia, banyak betul dia tanya sampai tak siap keja ku..hehe pastu ada lagi si merilyn yang x pandai diam tambah aku tension…tak lupa juga time kuar ngan diorang si may,mima, zarenny, jaja, ino pergi perdana park di tanjung aru melihat air pancut berirama..best hehe. Si Mima yang selalu lewat pun masih segar di kepala…jgn marah mima hehe


time part 2 juga...kami lah yang kerjakan kereta Myvi Zul hehe


selepas kejohanan olahraga antara program..hanib pun ada

Jutaan terima kasih juga kepada kawan2 yang lain; Ramli, Fariz, Afiq, Hafiz, Juliano,Harry, Afif, Hanib…ingat lagi orang yang selalu di buli Hafiz, kami gelarnya Aji hehe..si Afiq pun tak terlupa selalu juga di buli..thanks kamu dua..tak lupa juga Syafiq, Mahadir, Helmi…time part 1 aku lah balik2 paitung bilik korang hehe…Hanib yang selalu kami suruh2..sorry Nib…kenangan yang selalu diingat ialah time pergi ke tanah kecil, Labuan hehe..memang best dan awesome lah time tu..ada masa kita jalan2 lagi ya…


di feri on the way ke Labuan....takkan di lupa nie


part 3-time camping di simpang mengayau....grrrrrrrr


Terima kasih juga kepada rakan2 Peers…Muleq, Ghazali, Kak Med, Kak Ija, Aan, Irwan dan yang lain2…rakan2 yang lain juga; Xing Xing, Suryani, Izzati, Zulaikah dan yang seangkatan… Jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah..Sir Marius, Mdm Betsy, Mdm azlina, Mdm Dayang, Sir Cyril dan lain2..thanks. Tanpa kamu ilmu kami tak berkat


rakan2 DIA time camping...


hitam itu bergaya...:)


nie plak time paitung di bilik Joko masa part 4.....huru hara biliknya kami kerjakan


time bergambar sekelas..sadre ada juga menyibuk bha


part 5- time class LAW...pura2 rajin ja diorg nie


part 6-selepas kursus kaunseling...yan punya gaya jugalah menang


sarie minta nie gambar ya...cantik ko edit.Peace


Kesimpulannya, terima kasih semua atas pertolongan kalian sama ada langsung mahupun tidak langsung..semoga ilmu yang kita perolehi berguna dan bermanfaat kepada kita, keluarga, agama dan Negara. Sekiranya ada tersilap kata, saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Segala kesalahan anda telah saya maafkan…J

SYUKRAN..ARIGATO..SALAMAT…

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget