Saturday, May 21, 2011

2

Buat pertama kalinya dalam hidupku, aku telah menonton 2 wayang dalam satu hari...first time oh hahaha...panas juga punggung duduk lama-lama nie. Pada 20 May, iaitu semalam, saya, Zul, Sofia dan Shahari telah ke 1 Borneo untuk melihat wayang hehe. Actually, dah lama dah perancangan nie nak kuar tengok ramai-ramai, tapi akhirnya hanya kami berempat sahaja yang mampu huhu. Wayang yang kami tengok offcourse lah lakonan Jonny Deep, PIRATES OF THE CARRIBEAN SEA.

Cerita Jack Sparrow kali nie tentang telaga awet muda yang dapat memanjangkan hayat sesiapa yang meminumnya. Jack Sparrow telah di paksa oleh Angelica anak kepada Blackbeard, Edward Teach untuk menjadi petunjuk ke telaga awet muda tersebut. Siapa yang dapat minum air telaga itu? Pergilah tengok sendiri hehe. Apa yang paling menarik ialah kehadiran mermaid dalam citer nie..CGI filem nie memang menarik terutama mermaidnya.


nie lah watak-watak utama PIRATES OF THE CARRIBEAN SEA ON STRANGER TIDES, dari kiri Kapten Barbossa, Kapten Jack Sparrow, Angelica and Blackbeard


Filem ke-2 yang kami tengok ialah NUR KASIH THE MOVIE. Movie ini ialah kesinambungan citer drama Nurkasih. Sesiapa yang dah tengok dramanya, rugi kalau tak tengok citer nie sebab citer nie adalah penutup untuk karya agung Mira Mustafa. Dalam citer nie, Adam dan Nur Aminah terus menerus dilanda ujian daripada Allah SWT. Pertama, Nur Aminah keguguran, lepas tu, Adam hilang dan akhirnya Adam sakit tinggal beberapa bulan lagi nak meninggal. Abang Adam, Aidil pun turut dilanda ujian iaitu kematian isteri kesayangannya. Berjayakah mereka mengharungi segala ujian yang melanda? Anda saksikanlah sendiri. Watak yang paling saya minat ialah Aidil, lakonan Fizz Fairuz sebab namaku pun Aydil hehe.


Adam, Nur Aminah dan Aidil

SELAMAT MENONTON^_^

1 comment:

JoKo A. Javavi said...

i'm on my way in downloading pirates! haha... sad cannot see it at panggung!...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails