
Buku bertajuk ‘Ya Allah, Aku Jatuh Cinta’ ini memberi bacaan alternatif kepada para remaja tentang perbahasan yang paling disukai manusia, iaitu cinta agar cinta tidak disalahfaham menjadi medan menebar pesona dan membuat dosa. Semoga para remaja mampu melihat cinta secara lebih bermatlamat serta tidak tersilap langkah dalam menilai erti cinta.
Terdapat beberapa intipati yang anda boleh dapati dalam buku ini seperti :
- Peringkat-peringkat cinta dalam Islam iaitu tatayyum, ‘isyk, Syauq, ‘ithf dan intifa’
Cinta dari sudut Psikologi – cinta kerana nafsu, cinta pragmatis dan cinta altruistik.
- Kenali hormon-hormon jatuh cinta – Pheromones, Oxytocin, Vasopressin, Dopamine, Neuropinephrine
- Menjawab persoalan yang selalu diutarakan, “Bolehkah saya jatuh cinta?” menurut perspektif Islam.
Teguklah madu-madu cinta dengan berlandaskan syariat Islam. Jadikanlah hati-hati yang diselubungi cinta indah di dada tanpa mengurakan rasa cinta pada-Mu ya Rabbi…
Ayat yang paling saya suka dalam buku nie ialah= CINTA IBARAT KUPU-KUPU, SEMAKIN KITA MENGHAMPIRI, SEMAKIN IA MENGHINDARI, TAPI KALAU DIBIARKAN IA TERBANG, IA AKAN MENGHAMPIRIMU DI SAAT YANG TAK TERDUGASELAMAT MEMBACA
2 comments:
: teeeeeeeeeeeeeeeeeets :P
ingatkn ko jatuh cinta sama bini2!! haha
Post a Comment