Monday, June 13, 2011

RACUN HALUS

Salam semua..dah lama tak post entry baru hehe. Bukan sibuk tapi tak da idea..maklumlah duduk rumah ja sepanjang cuti nie. Bila orang tanya, tak keja???? Senang ja jawapan.."nak gemukkan badan hahaha." Mudah mudahan makin naik lah saiz badan ku nie ya..AMIN.

Oklah..entry kali nie nak citer tentang SANTAU. Mesti kalian tahu kan pa tu SANTAU.
SANTAU atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninngal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.(Di petik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Santau)


nie plak film SANTAU yg belum pernah lagi aku tengok hehe

Pada hari jumaat yang lepas, saya telah menonton rancangan tv3 iaitu AL-KULIYAH yang membincangkan tentang SANTAU. Rancangan tersebut telah memperlihatkan bagaimana nak mengeluarkan santau dari badan seseorang. Macam2 yang keluar dari badan mangsa seperti paku, kaca, dan sebagainya yang tajam. Yang peliknya, tak da darah dari benda-benda tersebut. Ada juga beberapa tips yang telah diberikan bagaimana nak mengelak dari terkena SANTAU antaranya sentiasa atau selalu membaca AL-FATIHAH atau ayat KURSI. Jadi, sesiapa yang selalu solat secara tak langsung telah mempunyai pendinding keran selalu membaca AL-FATIHAH time solat.

Selain itu, ada juga tips bagaimana nak tahu yang seseorang itu terkena SANTAU. First, batuk yang berpanjangan contohnya selama 5 tahun atau 10 tahun tak berhenti. Second, batuk yang mengeluarkan darah manis yakni darah yang merah bukan darah yang gelap.Next, kuku berwarna biru, bawah mata hitam kerana tak cukup tidur, badan ada lebam walaupun tak pernah di pukul, dan apa lagi ya...rasanya da lagi tapi lupa lah hehe. Berkenaan mimpi plak, orang yang kena SANTAU akan mengalami mimpi di patuk ular, di kejar binatang2 buas dan berbisa, mimpi jatuh yang menyakitkan...rasanya itu ja.

So, kepada anda yang di luar sana, berhati-hati lah selalu kerana racun halus atau SANTAU nie sangat berbahaya..tingkatkan lah keimanan kita agar tidak mudah terkena SANTAU dan sekiranya dah kena cepat2 lah berubat.


1 comment:

Insan Lemah said...

ko tu dil selalu batuk2...apakah??

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails