Wednesday, December 8, 2010

Water

Air merupakan perkara asas yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia di gunakan acap kali dalam rutin harian kita seperti mandi (lebih-lebih lagi mandi wajib), mencuci, dan makan & minum. Kali ini saya nak berkongsi cerita tentang air.

Pada hari jumaat yang lalu terdengar khabar bahawa air akan mati pada 8 – 12 December ini. “Mati lagi, asal aku di rumah ja ada masalah air,”saya merungut. Tujuan air dimatikan ialah nak membaik pulih agar tekanan air dikawasan saya ini bertambah baik. Hari ini air dah mati. Nasib baik lah masih ada air di dalam tong air (kami panggil d

rum). Baru hari pertama air dalam tong dah habis digunakan. Payah ni. Sabar ja lah. Ini semua cubaan. Dalam merungut, tiba-tiba teringat kawan-kawan hostel dan classmate.

Tiba-tiba terbayang keadaan seorang kawan ni; si J. kalaulah dia melalui keadaan saya sekarang ini. Entahlah apa jadi kat dia. Si J di hostel selalu ja pergi mandi. Balik dari class terus melabur dan mandi. Kadang-kadang saya hitung juga berapa kali si J mandi ni. Saya mandi 2 kali sehari ja, si J 4 kali sehari kot. Banyak betul menggunakan air. Pasti resah dia jika berada di tempat ku sekarang. Hehehe. Classmateku pula, si C, selalu ja saya usik dia. Dah mandi kah belum. Asal jumpa dia di class saya tutup hidung tanda mengusik dia. Bukan dia seorang ja, classmate yang lain pun saya usik juga. “nda mandikah?”kata-kata keramatku kepada mereka. Saya berkata demikian kerana saya melihat rambut mereka kering tiap kali ke class. Jadi, saya pun buat assumption yang diorang tak mandi pagi.hehehe. Kalau tak ada air macam sekarang ni tak pa lah kan.

Harap-harap tengah malam ada air lah. Boleh juga mandi membersihkan diri. Liat badan kalau tak mandi. Lima hari yang akan datang pasti mencabar.huhuhu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails