Thursday, December 2, 2010

OPKIM Labuan

Pada 25-28 Nov 2010 yang lalu saya telah ke Labuan menyertai OPKIM – IPT yang disertai oleh UMS,Matrikulasi Labuan dan UiTM Sabah. Seramai 120 orang peserta yang menyertai program tersebut.

25 Nov 2010 – Kami (32 orang) telah bertolak dari UiTM Sabah menuju ke Menumbuk untuk menaiki feri ke Labuan. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami sampai di menumbuk 10.30 am. Setiba ja di sana kami terus bergegas menaiki feri kerana feri dah nak bergerak. Ingat nak beli sesuatu sebelum menaiki feri tapi tak sempat (nak beli deodorant sebab lupa bawa). Kami sampai di Labuan jam 1.30 pm iaitu Kg Bukit Kuda. Majlis perasmian program kami berlangsung di situ. Majlis bermula dalam jam 2 lebih (VIP lambat sampai). Pada masa yang sama, perut kami semua dah berbunyi mencari makanan. Sebelum kami menjamu makanan, majlis penyerahan anak angkat berlangsung. Nama saya tak disebut termasuk 3 orang rakan saya. “Aku tercicir kah ni,”hatiku berbisik. Rupa-rupanya mereka perasan juga ada nama yang tak disebut. Mereka pun merombak semula nama-nama kami termasuk yang dah disebut. Semua pun bertukar-tukar keluarga semula. Keluarga angkat saya, A-an dan Bel bernama Rostam. Kami 3 orang berada dalam keluarga yang sangat ceria ini.

26 Nov 2010 – Pada tarikh ini kami tak ada apa-apa aktiviti. Kami Cuma meluangkan masa bersama keluarga angkat kami saja. Keluarga angkat kami ini sangat berpengaruh. (keluarga mantan ketua kampong Lubuk Temiang). OPKIM kali ini diadakan di 2 buah kampong iaitu Kg Bukit Kuda & Kg Lubuk Temiang. Kakak kami (sebenarnya mak angkat kami, dia suruh kami panggil kakak sebab dia masih muda lagi walaupun dah ada 4 anak) suka sangat melatah. Kalah si Bel. Balik-balik melatah. Dia ini anak mantan ketua kampong iaitu Hj Alias. Rumah kami berjiran dengan rumah Hj Alias. Hj Alias pula mengambil 5 orang anak angkat iaitu Hasni,Stracy,Lucy,Ija & Nani. Kami selalu ja pergi rumah mereka,makan,minum & ke tandas. Bergosip pun di sana. Ada 1 lagi rumah yang berjiran dengan kami, saya tak ingat namanya. Kami panggilnya nenek. Dia baru kehilangan anak tunggalnya 3 bulan yang lalu. Semasa dia berjumpa dengan saya kali pertama, dia menangis. Saya pun kaget. “Apa hal?”. Rupa-rupanya anak mirip dengan muka saya. Semua pun cakap saya mirip dengan arwah Wan. Kami telah ke Bandar berjalan-jalan. Sempat juga kami beli cokelat dan ole-ole untuk keluarga kami. Saya pun sempat beli deodorant. Pada sebelah malam pula, kami mengadakan motivasi kepada anak-anak Kg Lubuk Temiang.

27 Nov 2010 – Kami semua bangun awal bersiap untuk ke Kg Bukit Kuda. Acara sukaneka diadakan di sana. Macam-macam sukaneka yang dipertandingan. Conyohnya tarik tali, straw, bola beracun dan sebagainya. Saya hanya menyertai satu ja iaitu fearfactor. Saya minum air halia 1 botol. Pedas gila perutku dan leher ku time minum. Saya tak kisah, yanh penting kami menang. Yeeeaaaahhhh. Kg Bukit Kuda Cuma menang 2 game ja. Yang lain kami menang semua. Hahahaha. (kami jadi orang kampong Lubuk Temiang buat sementara waktu). Banyak kami bawa pulang hamper. Tak sia-sia kami. Pada sebelah malam pula, acara malam ria berlangsung. Malam ria kali ini sangat unik sebab bergabung dengan majlis perkahwinan. Sebelum acara kami bermula, acara berinai dan marhaban bermula dulu. Pertama kali saya lihat marhaban. Lepas acara marhaban, malam ria pun bermula dengan persembahan dari kanak-kanak dan para peserta OPKIM.

28 Nov 2010 – Hari yang sangat sayu untuk kami semua. Majlis penutupan program berlangsung dengan penyerhan semula anak-anak angkat. Keluarga angkat kami sangat sedih sampai menangis. Nenek telah memberi saya duit dan kakak member kami sarong. Sempat juga ibu(isteri Hj Alias) berbisik,” janganlah dulu kau balik Wan(nama panggilan ku di sana).” Sediah hatiku mendengarnya. Tiap hari saya menjadi driver untuk menghantar nasi lemak ke Bandar. Rindu saya dengan mereka. Adik-adik angkat ku pun menangis. Si Syarif yang paling sedih sebab dah tak ada saya yang sama jantina dengannya. Adik beradiknya semua bini bini(bahasa Labuan). Kami bertolak dari Labuan jam 2 pm menuju ke Menumbuk menaiki feri.

1 comment:

JoKo A. Javavi said...

haha... hari tu ak mo p bha bukit kuda time hari persmian tu.. ak mmg tau kamu buat majlis perasmian d sana... tp malangnya ak telat.. nda jd la..haha great things ya.. so did u know lots a interesting places in labuan??

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails