Friday, December 31, 2010

MY 2010

Salam 1 Malaysia semua. Pertama sekali tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya memenangi Piala AFF Suzuki buat julung kalinya. Hari ini saya tak nak bercerita pasal team Malaysia. Hari ini saya nak berkongsi pengalaman, kisah, coretan dan kenangan ku di tahun 2010. Macam-macam yang telah saya lalui di tahun 2010 ini. Hari ini hari terakhir untuk 2010; semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2009.

Macam-macam perkara yang telah saya lalui dengan rakan-rakan sepanjang tahun 2010. Awal tahun ini dah terima satu musibah yakni tak dapat hostel. Pening kepala memikirkan nak stay di mana rumah ku jauh (tak sejauh rakan-rakan yang lain). Cara terbaik ialah paitung iaitu tumpang di bilik kawan yang dapat hostel. Nasib baik si Joko dan Sarie dapat kolej. Seramai 4 orang kami paitung. Riuh rendah bilik itu oleh kami. Biarpun sempit dan serba kekurangan, kami bahagia.hahaha. Thank u Joko & Sarie. Rasanya itu ja lah problem terbesar ku tahun ini. Bulan Februari pula kami trip ke Labuan tanah tumpah si Joko. 1 malam kami stay di Manikar Resort dan 1 malam di rumah Joko. Itulah pengalaman pertama kami bercuti sama-sama. Kami juga telah ke Sabah Port. Mantap geng di sana. Usai semester 4 ku dengan jayanya walaupun merosot.

OPKIM LABUAN


KAKS



Semester 5 ku di hiasi pelbagai aktiviti. Pertama saya menjadi pembantu MDS kemudian terlibat dengan OPKIM-Program anak angkat. OPKIM pertama ku ialah di Kg Murni Nabawan. Pengalaman di sana memang best. Macam-macam yang saya lakukan time di sana. Paling banyak ialah menjadi pemandu. Pemanduan yang paling mencabar time drive ke Keningau. Naik turun bukit laluannya. Bahaya juga kalau silap. Kalau mama ku tahu aku bawa kereta pergi Keningau. Habis aku di maki. Pastu saya menyertai minum pagi bersama seorang dato(x ingat namanya) di Hotel Le Meridean. Sedap-sedap makanannya.hehehe. Next, saya join Seminar Belia Kebangsaan di UMS. Kami menang juga time di sana. yahoooo. Selepas raya, saya ikut pula KAKS dan mendapat johan RP terbaik. Selang 3 hari kemudian saya pergi ke Labuan untuk OPKIM lagi. Biarpun penat. Saya gembira dengan family di sana. Last sekali, saya menjadi urusetia untuk Seminar Sains Komputer dan Matematik pada 21-22 Dec lalu.

Itulah antara aktiviti-aktiviti yang saya sertai tahun 2010. Yang tak forrmal pula; macam biasalah lepak ngan kawan-kawan di 1 Borneo, jalan-jalan di KK, tengok wayang, makan, Shisa stay out dan macam-macam lagi yang tak berfaedah tapi tak memudaratkan. Apa-apa pun saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan dan semua yang mengenali diri ini jika pernah membuat salah dan sebelum 2010 melabuhkan tirainya; SELAMAT TAHUN BAHARU 2011 kepada anda semua. Semoga kita menjadi lebih baik di tahun-tahun yang akan datang dan impian serta azam kita pada tahun ini tercapai.

ROOMATE C3515


TIME DI NABAWAN


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails