Monday, December 27, 2010

Uexpected

Salam 1 Malaysia semua. Dah lama tak buat entry baru. Kali ini saya nak bercerita mengenai bola sepak. hehe. Semalam dah berlangsung perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia. Pasti ada antara kalian yang dah tengok semalam.


Ini lah kali pertama saya melihat Malaysia bermain dengan baik sekali. Mereka berjaya menguasai bola dari awal hingga minit terakhir perlawanan. Sungguh tak sangka. Saya berasa puas melihat perlawanan tersebut bercampur bangga dengan sokongan padu penyokong yang telah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Pertama kali melihat stadium tersebut penuh demi melihat bola sepak. Tahniah kepada Malaysia yang berjaya menumpaskan Indonesia dengan 3 gol berbalas 0. SYABAS. Perlawanan akhir ke-2 akan berlangsung di Stadium Gelora Bungkarno pada 29 December ini. GOOD LUCK MALAYSIA.

Ramai-ramai lah kita semua menyokong Malaysia pada hari rabu ini. Semoga mereka menang dan membawa pulang Piala AFF Suzuki buat julung kalinya. AMIN.

SAFEE KETIKA MENJARING

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget