Sunday, June 26, 2011

JOM..

Dah seminggu lebih aku pergi membantu ayahku menjual…macam2 pengalaman dan pelajaran yang telah aku dapati, memang tak senang nak mencari duit tuk keperluan hidup lebih2 lagi yang dah ada tanggungan. Entry this tym bukan nak citer pasal jual2 tapi nak citer tentang JOM HEBOH..hehe. Dah 5 tahun, akhirnya media prima kembali ke Sabah tuk JOM HEBOH yg dulunya di kenali as a SURE HEBOH yang pernah datang sebanyak 2 kali ke Sabah.

2 SURE HEBOH sebelum nie yang berlangsung di Yayasan Sabah, kemudian di Stadium Likas turut aku kunjungi hehe..Pada hari nie plak, aku p JOM HEBOH buat juling2 kalinya excited ooo…ingat nak p ngan kawan2 diploma tapi x sempat huhu. Tadi aku just go there alone berharap dapat jumpa kawan2 hehe..ternyata aku bertuah kerana dapat jumpa kawan & join diorang terus hehe. Aku join ngan diorg Taufiq, Nas, Sharil & Noris…sempat juga aku berjumpa ngan kawan2 sekolah menengahku; Fiqah, Naty & Affey.

Boleh tahan jugalah JOM HEBOH kali nie dapat jumpa artis hehe..jakun bha org Sabah nie ngan artis haha..aku dapat jumpa Nora Danish, Fasha Sanda, Salma dan banyak lagi yang x ku kenali namanya hehe. Pengunjung pun sangat ramai even cuaca sangat panas. Aku Nampak ramai yang dah berkampung dari tengahari sampai malam sekeluarga di sana…hebat ooo. Yang paling aku suka JOM HEBOH nie ialah surau disediakan, ble juga org ramai beribadat dengan senang.

Boot yang paling aku suka ialah AL-KULIYAH..Dapat tengok bagaimana orang kerasukan diubati oleh Ustaz Sharhan Safie. Hebat ustaz nie dalam perubatan Islam..dah lama nak tengok beliau dekat2 akhirnya dapat juga hehe. Sempat juga aku beli bukunya yang berjudul “PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN JIN & SIHIR siri 2”..dah lama aku dambakan buku nie..finally I got it yeeaaa..excited sungguh nak baca hehe.


nie lah senario d JOM HEBOH...


kanak2 di TV3 KIDS...


lihat baju biru tu..keseronokan tengok artis..pondan tu sebenarnya haha dapat juga ambik gambar hehe...



Thursday, June 23, 2011

GREEN LANTERN & LADDALAND

Hi minna ^_^

Entry kali nie nak borak tentang movie plak hehe…even aku dah tengok beberapa hari yang lepas tapi rasanya belum terlambat lagi aku nak citer kat blogku hehe. Baru2 nie aku dah tengok 2 movie yang latest dan sangat diminati ramai iaitu GREEN LANTERN & LADDALAND.

GREEN LANTERN merupakan adaptasi movie dari Marvel Komik. Sapa yang minat tengok citer cartoon orang putih mesti tau tentang citer nie. Nama hero dalam citer nie sama ngan nama kawanku si Hel…heroinnya pun sama juga, namanya Carol..tym tengok movie nie di panggung balik2 teringat diorang hehe tapi perangai diorang x sama dalam citer nie lebih2 lagi si Hel hehe. Carol dalam citer nie lebih cantik dari kawanku si Carol haha:P

GREEN LANTERN merupakan satu badan kuasa seperti polis atau askar yang bertanggungjawab menjaga keamanan alam semesta. Alam semsta dalam citer nie telah dibahagikan mengikut sector..tiap sector ada GREEN LANTERN masing2. Citer nie memang best dan mempunyai unsur komedi sikit. CGI nya pun boleh tahan dan paling awesome ialah suit heronya…memang smart dan menawan. Kalau tengok 3D pasti teruja. Apa2 pun enjoy jugalah tengok citer nie even just 3 of us; Zul dan Afif.


tu lah Hel, hero citer GREEN LANTERN..mcm HITRIK ROsHAN plak aku nmpk haha


LADDALAND is a horror movie. Pada hari Isnin plak sehari after tengok citer GREEN LANTERN aku p tengok citer LADDALAND. Citer nie mmg suspend dan seram..tekanan aku tengok, balik2 tutup mata guna tangan hehe. Actually, I don’t like citer seram nie tapi kawan lain nak sangat tengok..layan bha. Ini merupakan citer seram yang 4 aku tengok d panggung; JANGAN TEGUR, COMING SOON & HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. 5 orang kami tengok citer nie; Zul, Sarie, Hafiz & Erry.

Tak sangka plak Hafiz yang alim pun terkejut gila babi tym tengok citer nie haha…Sarie plak terkejut gara2 Zul terkejut haha. Erry lah yang paling relaks aku tengok..macam x da prasan ja bha tengok citer nie hehe(gurau ja Erry).


nie plak heros dalam citer LADDALAND..anak pompuan family nie memang lawa..suka aku tengok hehe


Pergilah tengok citer nie klau ada masa free..pasti anda puas hati.

Thursday, June 16, 2011

AKU RINDU...

Sebelum nie aku selalu berfikir zaman sekolah menengah lah yang paling best dan akan selalu ku ingati. Ternyata aku silap huhuhu…now I realized zaman yang paling best dan akan ku kenang selalu ialah zaman diploma ku. Dulu time secondary school aku seorang yang pemalu dan tak suka bercakap, hanya bercakap when perlu ja. That’s why lah aku tak ramai kawan perempuan..tapi ok juga lah aku ada ramai kawan lelaki. Syukur tak juga banyak dosa haha. Kawan2 perempuan yang aku rapat hanya 3 orang iaitu classmateku hehe. Kesian kan 3 orang ja bunga time aku sekolah menengah tapi bila masuk UiTM, lelaki plak yg 3 ja huhu.

Today, aku dah usai aku punya diploma di UiTM Sabah selama 3 tahun. Memang banyak kenangan manis mahupun pahit sepanjang perjalanan ku mencari ilmu. Until today, masih lagi aku bermimpi nak kembali study…bosan kan di rumah tak kerja haha..nda pa klau badan naik nie tak huhu. Betul lah kata orang, zaman study lah paling best eventhough susah dan payah tapi ada kenangan terindah di baliknya…haha aku pun sedar.

When I bored, mulalah aku terkenang masa diploma ku haha. Aku rindu nak ke kuliah pagi2 bangun awal biarpun tak cukup tidur, berebut-rebut naik bas..tolak menolak haha(siswi jugalah ganas time nak naik bus,serender bha lelaki haha). Aku rindu nak buka buku untuk siapkan assignment biarpun tak pernah buat kerja yang disuruh oleh lecturers hehe. Aku rindu suara2 madam2, sir2 yang mengajar dan memarahi kami sambil memaki, meyumpah dan menpsiko kami huhu. Aku rindu suara riuh classmate ku yang bising time take 5 macam pasar ikan huhu. Aku lagi rindu datang lewat p class haha.

Aku rindu kereta myvi si Zul, gaya, pertuturan, lawaknya, marahnya si Zul huhu..dah lama tak kacau Zul, buat dia marah dan geram..” eeeeeeeeeee..geramnya..nanti ko Dil” kan Zul. Aku rindu Jessica si Sadre a.k.a kancil sadre. Bila ingat balik, teringat gaya machonya bawa kereta sambil isap sigup haha..berasap aku duduk di belakang..Sadre pun pandai geram juga bila olok tentang si M pasal dia haha”kimbet kamu/kalau men bola jgn tendang kaki bha(muka marah)/hahaha..sudahlah zul sakit(muka kesakitan di cubit Zul” kan Sad huhu. Aku rindu kawan jawa ku si Joko, before tido kacau dia wat dia marah haha..teringat dia berteriakan time ada kerawai masuk bilik haha tidak lupa juga pukulannya yang sungguh kejam dan sakit time dia marah dan ketawa secara tiba2”hahaha(gaya ketawa Joko), lucu bha mdm Betsy usai rambutnya haha”kan Jok huhu. Aku rindu Sarie, nak bawa keretanya yang balik2 dia kata nak modify hehe..rindu olok dia ada hubungan sult ngan si J haha.”kimbet kamu”..rindu gaya makannya yang sentiasa bocor time makan pasti ada tumpah hehe..paling aku ingat time tumpah milonya oleh si Joko haha..”alaaaaa hhhaaaaaaaaaaiiiiiiii(muka kaget sambil mengeluh/ngantuknya aku” kan sarie huhu Aku rindu suara menjengkelkan si Shah haha dan gayanya yang menjuki tu…”haaabbbuutttt/acchhhhiiiiggg/semogalah/yalah2/malasnya aku”kan Shah huhu. Aku rindu gaya bikin panas si Heljony huhu…lucu nie time dia kena tampar oleh Joko haha”hahaha(Hel ketawa)/madam salah tu(time class)” kan Hel huhu

Aku rindu nasi lemak Ella, jelingan Ella, senyuman nya haha..pandangannya memang membunuh kan Ella huhu. Aku rindu ketawa pendek Shakila huhu…”luculah aydil haha(sambil pegang mulut)..bau kali mulutnya haha”kan Kila huhu. Aku rindu mulut becok si Carol time aku tuduh dia tak mandi huhu”ko lah yang tak mandi..muka mengantuk lambat bangun(sambil menjelirkan lidah)” kan Carol huhu. Aku rindu si macik kecik ku, Emma…olok dia dengan abang Mie nya hehe”aku tumbuk ko pacik(sambil menunjukkan buku limanya)”kan Emma huhu. Aku rindu mulut popet si itik, Mayanti yang selalu ejek tahi lalatku yang manis nie hehe..dia jeles kali x da tahi lalat haha”ku cabut tahi lalatmu aydil/poo shit haha(gaya itik haha)”kan May huhu. Aku rindu suara sshhhhhuuuuu Ezra Tamina eh salah, Fellicia J hehe…time orang bising2 especially si Zul dalam class datanglah bunyi “sshhhuuuuuu”kan Fel huhu. Aku rindu si nenek yang panas baran, Cornelia..”nenek diam(muka bengis)”kan Nenek huuuu. Aku rindu Lady Gaga…”ha!(muka bingung)”…rindu lihat raut wajahnya time aku soal “ko dah berak???” kan Ari huhu. Aku rindu Yan si delayed..apa2 citer pasti dia lambat faham haha”apa bha..eeeee” kan Yan huhu. Aku rindu ketawa Sakinah, kacau Merilyn yang akhirnya aku di tumbuk huhu sakitttt!!!!, rindu lawak first class Nora Elena…(Nora sebenarnya), hantar mesej ngan Fieza inform yg lain/4wad kepada kwn2 lain huhu. Aku rindu Aron buat lawak time study..tension bha Joko haha”aik!haaaee” kan Ron, rindu muka Mima yang menunjukkan hidung babinya sambil kuar lidah bleeewwwkkk…rindu tudung faten yg sentiasa luar biasa kan Faten huhu. Aku rindu tarik meja time Ino limpas betapa babatnya dia, rindu si ayam serama..selalu kami citer hal peribadi haha baru2 nie through FB yaaayyy, aku rindu Hawa(apa ya????...”kurennggg”)kan Wawa..rindu Jojo, Ira, nyanyi lagu HARUSKAH..kan jo kan Ra huhu Sofia, yang belanja aku makan strawberry, dengar dia memaki hamun..dengar keluhannya kan Sofi..aku rindu tengok kerenah Liyana yang gedik “kajili-jili kan Liyana”huhu…si Zira.macam na mau download naruto,pinjam kreko sampai sekarang dia tak bagi pinjam huhu. Farrah yang always diam tapi senyum^_^. Imelda yang balik2…”boleh saya,boleh saya,boleh saya…” BOLEHHHH!!!! MACAM IKLAN Milo haha kn Imelda huhu. Aku rindu kacau si Lydia, Ain, Filza..rindu bawa keta putih datin…haha huhu. Aku rindulah semuanya bersama kalian aarrrggghhhhhh!!!!!

Aku rindu men basketball with all of you time ajar kawad…macam mengajarkan haha..rindu time buat preparation tuk kawad huhu..potong potong geng kan Datin..spray spray ging ..conteng2 p muka ku kan Jo huhuhu…I miss everything with u guys..aarrrgggghhhh!!!!!

Kalaulah masa itu milik kita..akan ku lihat semuanya semula. After this kita tak tau pa yang akan berlaku…adakah kita akan bersama semula. Or ada yang akan pergi ke haluan masing2..hanya Tuhan yang tahu. AKU RINDUUUUUU!!!!!!!


Monday, June 13, 2011

RACUN HALUS

Salam semua..dah lama tak post entry baru hehe. Bukan sibuk tapi tak da idea..maklumlah duduk rumah ja sepanjang cuti nie. Bila orang tanya, tak keja???? Senang ja jawapan.."nak gemukkan badan hahaha." Mudah mudahan makin naik lah saiz badan ku nie ya..AMIN.

Oklah..entry kali nie nak citer tentang SANTAU. Mesti kalian tahu kan pa tu SANTAU.
SANTAU atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninngal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.(Di petik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Santau)


nie plak film SANTAU yg belum pernah lagi aku tengok hehe

Pada hari jumaat yang lepas, saya telah menonton rancangan tv3 iaitu AL-KULIYAH yang membincangkan tentang SANTAU. Rancangan tersebut telah memperlihatkan bagaimana nak mengeluarkan santau dari badan seseorang. Macam2 yang keluar dari badan mangsa seperti paku, kaca, dan sebagainya yang tajam. Yang peliknya, tak da darah dari benda-benda tersebut. Ada juga beberapa tips yang telah diberikan bagaimana nak mengelak dari terkena SANTAU antaranya sentiasa atau selalu membaca AL-FATIHAH atau ayat KURSI. Jadi, sesiapa yang selalu solat secara tak langsung telah mempunyai pendinding keran selalu membaca AL-FATIHAH time solat.

Selain itu, ada juga tips bagaimana nak tahu yang seseorang itu terkena SANTAU. First, batuk yang berpanjangan contohnya selama 5 tahun atau 10 tahun tak berhenti. Second, batuk yang mengeluarkan darah manis yakni darah yang merah bukan darah yang gelap.Next, kuku berwarna biru, bawah mata hitam kerana tak cukup tidur, badan ada lebam walaupun tak pernah di pukul, dan apa lagi ya...rasanya da lagi tapi lupa lah hehe. Berkenaan mimpi plak, orang yang kena SANTAU akan mengalami mimpi di patuk ular, di kejar binatang2 buas dan berbisa, mimpi jatuh yang menyakitkan...rasanya itu ja.

So, kepada anda yang di luar sana, berhati-hati lah selalu kerana racun halus atau SANTAU nie sangat berbahaya..tingkatkan lah keimanan kita agar tidak mudah terkena SANTAU dan sekiranya dah kena cepat2 lah berubat.


Tuesday, June 7, 2011

FOR THE REST OF MY LIFE-MALAY VERSION

Sepanjang Hidup
(For the rest of my life)
Maher Zain

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi


SUMBER: http://akuinsanlemah91.blogspot.com/2011/06/sepanjang-hidup.html







Sunday, June 5, 2011

KISAH DI NERAKA

✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) (*_*)




Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa ribamerupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baikuntuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehinggaLALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

SUMBER:FACEBOOK Safiyah Layyinul Harir

Friday, June 3, 2011

ARMAGEDON 2012

Hi everyone!

Entry kali nie nak bercerita sedikit tentang buku yang baru ja aku usai baca..hehe Buku nie berjudul ARMAGEDON 2012. Pelikkan tajuknya…buku hasil karya MOHAMMAD ALEXANDER keluaran PTS. Buku nie merupakan buku ke 3 hasil beliau. Buku pertama ialah ALEXANDER ADALAH ZULKARNAIN, ke 2 pula ialah YAKJUJ MAKJUJ. Buku pertama ada ngan kawanku tapi aku belum baca lagi..buku ke 2 pula ada juga di rumah tapi malas aku baca hehe.

ARMAGEDON 2012 menceritakan tentang serba sedikit film ARMAGEDON dan 2012. Betulkah ramalan film tersebut yang menyatakan planet biru akan datang menghempas bumi dan kehancuran yang berlaku pada disember 2012??? Semuanya telah dijawab dalam buku nie. Selain itu, buku nie juga menerangkan tentang tanda-tanda kiamat, kisah dajjal, Nabi Isa, Yakjuj makjuj dan banyak lagi berdasarkan AL-QURAN dan HADIS. So, bacalah buku nie…memang best dan penuh ilmiah.

nie lah muka depan buku tersebut...
Related Posts with Thumbnails