Sunday, January 23, 2011

My Saturday Still Busy

Salam semua...dah seminggu saya tak buat entry baru,maklumlah student busy macam-macam. Entry kali ini pasal cerita hari sabtu lagi. Biarpun kalian meluat nak baca, tengok-tengok ja lah ya. hehehe. (i tak kisah). Hari ini hari Ahad, kemarin offcourse lah hari Sabtu. Kemarin ialah Sabtu ke-3 ku dalam semester 6 dan Sabtu ke-4 untuk bulan January dan tahun 2011.

Cerita ku kemarin begini...saya dan rakan-rakan telah pergi ke rumah rakan kami, si Ramli namanya (kadang-kadang kami panggil PRIA BUGIS PALING TAMPAN), orangnya handsome juga lah. Dia telah menjemput kami ke rumahnya untuk melihat persandingan perkahwinan abangnya. Kami pun tanpa segan silu pergi lah, makan free tu. Agak lama jugalah kami di sana. Apa tidak terlalu asyik melihat gelagat penyanyi nya menari dangdut, lebih-lebih lagi pondan.hahaha. After that, kami ke Centre Point untuk menemankan kawan sorang ni, si Joko membeli handphone untuk adiknya(abang yang baik). Penat jugalah pusing-pusing sana sini tengok-tengok HP yang mana sesuai manalah tau tiba-tiba berkenan mau juga beli. hehe. Destinasi terakhir kami di Karamunsing, kali ini mengikut permintaan si Sadre, dia nak beli adopter untku laptopnya. Saya pun nak cari mouse juga, tiba-tiba beli headphone sekali.

Demikianlah kisah Sabtu ku yang ke-3 hehehe. Apa-apa pun thanks a lot to my beloved friend, Zul kerana membawa kami menggunakan kereta anda. Di bawah ni gambar-gambar yang sempat di ambil:

Afiq & Zul terlalu asyik melihat pondan


Ramli, Saddam, Joko & Afiq


time dalam kereta


Sadre top-up dompet


K-Box Karamunsing


saya & Zul...senyum

Sunday, January 16, 2011

Another Saturday Story

Hi! Today i want to write about my Saturday again...hehehe. Kemarin Sabtu ke-2 ku semenjak berada di semester ke-6. Sabtu lalu sibuk, kemarin pun sibuk juga. huhuu. Apa boleh buat, terima ja lah. Bukan sibuk apa pun, sibuk dengan jalan-jalan buang duit di 1 Borneo dengan rakan-rakan. hahaha.

Begini ceritanya...seawal jam 8 pagi lagi aku dah ada program di bangunan akademik baru iaitu kursus kaunseling. Kursus tu memang best, dapat belajar bagaimana nak tahu bakat you, bagaimana nak tahu you ni stress dan macam-macam lah. Sempat juga jadi budak-budak semula, di suruhnya melukis gambar rumah,pokok, air, ular & kereta. Then, di suruhnya warna. Cik Hayat yang mengendalikan kursus tu. Sangka aku program akan berakhir jam 12 pm, rupanya jam 11 am. Habis ja program terus pergi 1 Borneo dengan rakan-rakan menonton cerita KHURAFAT. Jalan ceritanya membingungkan sedikit tapi suspennya buat orang terkejut gila. Ramai penonton menjeri macam orang gila.(tertanya di hati, suka juga diorang tengok biarpun takut...pelik). Sapa ada kesempatan tu pergilah tengok. Banyak pengajaran cerita tu. Habis tengok wayang, macam biasalah pergi menyanyi...K-Box sampai habis suara biarpun sumbang. After that kami pun pulang.

Belum habis lagi...sampai hostel ja terus basuh kain & jemur. Lepas tu, blackout. Tak tahu nak buat apa, aku pun tidur lah. Time mau tido tu, ramailah orang yang tak bertamadun menjerit, berteriak sana sini macam orang yang tak ada akal langsung gara-gara tak ada electric. BODOH SUNGGUH MEREKA. zzzzzzzzzzzzz



TIME KURSUS




MINGGU LALU TIME DARI FUTSAL

Sunday, January 9, 2011

Sabtu yang sibuk

Salam semua. Hampir seminggu tak update blog hehehe. Hari ini nak bercerita tentang kisah ku semalam bersama rakan-rakan. Semalam kami sekelas (tak semua) telah pergi ke Seminar Konsolidasi Ekonomi Bumiputra IPTA zon sabah anjuran GABEM (lupalah apa nama fullnya) bertempat di UMS. Sebelum program berakhir kami telah keluar dari dewan dan terus pergi ke 1 Borneo kerana kami berasa boring mendengar ucapan yang di sampaikan(teruknya kami). Apa yang kami buat di 1B? K-Box geng. Habis suara diorang terutama si Zul, Sarie dan Joko. Yang peliknya ni, first time keluar dengan si Sofea dan Cornelia. Tak sangka pula diorang pandai nyanyi.

Selesai ja dari 1B, kami pergi ke Jesselton Point bermain futsal. Kali ini first time juga diorang si Peejurl, Boni dan Ramli join kami main futsal. Walaupun goal terlalu banyak, kami enjoy. Usai ja main futsal kami terus ke Tanjung Aru untuk menikmati makan malam iaitu burgermuk. Penat sungguh sesampai di bilik, aku pun terus merebahkan diri dan tidur.zzzzzzzzzzzz.


TEMPAT KAMI BERMAIN FUTSAL

Tuesday, January 4, 2011

TIMETABLE

Salam 1 Malaysia semua. Hari ini hari selasa bersamaan 4 January 2011 dan merupakan hari kedua persekolahan serta kuliah ku. Ini pula entry pertama ku di tahun baharu. hehehe. Selepas melihat jadual kuliah ku untuk semester ini, memang pelik dan bikin panas. Tiap petang ada class. Bida eh. Pagi pula class start jam 10 dan ada yang langsung tak ada class pagi macam hari ini. Hari ini class ku cuma jam 4 pm. Bosan lah pagi-pagi berada di bilik. Ada juga rakan ku yang berpuas hati dengan jadual kami (dia selalu bangun lewat). Kemungkinan besar akan ada perubahan jadual berlaku disebabkan ada rakan-rakan ku yang clash class mereka. Konklusinya, kepada rakan-rakan, selamat menjalani kuliah dan selamat maju jaya.

GAMBAR HIASAN
Related Posts with Thumbnails