Tuesday, August 23, 2011

NOSTALGIA RAMADHANKU


As Salam^_^

Wah!! Sungguh lama x jenguk blog nie huhu. Hari nie dah masuk ke 24 Ramadhan bersamaan 24 August. Tak lama lagi bulan yang suci dan penuh barakah nie akan melabuhkan tirainya. Sekarang dah masuk ke final stage of Ramadhan yakni fasa pembebasan. Mudah-mudahan kita semua mendapat kebebasan dari api neraka amin.

Puasa hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Masjid-masjid dan surau-surau semakin susut jemaahnya..pada awal puasa masjid dan surau penuh sesak sehingga ada tak dapat tempat. Sekarang, kanak-kanak yang datang senang hati berlari main kejar-kejar. Sebaliknya, pusat-pusat membeli belah dah semakin sesak , jalan2 raya dah sesak gila babi, baju2, kain langsir dah banyak terjual. Dapur rumah dah sibuk dengan bermacam jenis kuih raya. Begitulah tiap tahun scenario bulan puasa di Malaysia. Semakin nak dekat raya semakin tak sabar nak raya. Tiba2 teringat akan tajuk buku SOLUSI ISU 34; SEKIRANYA INI RAMADHAN TERAKHIR, LAYAKKAH AKU BERHARI RAYA?

Ok. Kembali ke tajuk utama hehe. Kali nie aku nak coret tentang bulan Ramadhan ku sepanjang Diploma di UiTM Sabah. Sebanyak 3 Ramadhan sepanjang aku diploma; semester 1,3 & 5. Tym semester 1 dulu semua roomateku non-muslim jadi aku jaranglah stay di bilik. Sepanjang Ramadhan aku stay di bilik member cuz takut tak dapat bangun sahur. Malangnya, banyak kali juga kami tak bangun sahur..sayang ja makanan kami basi huhu.


gambar nie tym BASMI-part 1 (berpuasa tym BASMI)



tym part 1 stay di bilik Sadre(tengah), joko(kiri), aku(kanan)


Tym part 3 plak, aku sorang ja di bilik tak da roommate. Apa lagi, tiap malam pun aku stay bilik memberlah. Bilik yang menjadi mangsaku kali nie bilik Sadre jugalah..thanks Sad. Tym part 5 lagi awesome, semua student lelaki di pindahkan ke asrama baru. Dah la tym tu puasa, kami ada test lagi pagi dan petang..sungguh mencabar iman lah pada masa tu. Kami semua berpuasa masih mampu mengangkat barang2 dan menjalani ujian. Natijahnya, gagal lah test ku huhu.



gambar di Pusat Islam (P.I) before solat terawih



sungkai di rumah sewa diorang Mayanti..si Hel pun turut serta



berpuasa bersama roomate baru tym part 5; dari kiri Shari, aku, Bob dan Dilsa


Biarpun banyak cubaab dan dugaan..puasa ku tetap full hehe. Semoga kita dapat bersahur, berterawih, berbuka dan berpuasa bersama-sama lagi...SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA^_^


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?744b0bb3be05c6a6454639c5a8e1f4df

2 comments:

aku insan lemah said...

baru 23 dil..hahahaha

srikandiabubakar said...

very nice..kenangan yg akan sntiasa diingati..=)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget