Wednesday, March 30, 2011

BADI NO. 2

Semalam bersamaan 29 March 2011 telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Sukan Pelajar Antara Kursus (SUPERMITS) di padang UiTM Sabah. Majlis bermula pada jam 2.30pm. Seperti biasa, majlis penutupan SUPERMITS akan diadakan pertandingan kawad kaki antara kursus. Sebanyak 14 kontinjen yang menyertai pertandingan kawad kaki termasuk staff UiTM. Pertandingan kawad kaki yang diadakan sangat berbeza kerana setiap kontinjen akan membuat kawad farmasi masing-masing. Kali ini, pasukan Diploma In Accountancy yang diterajui oleh pelajar semester 6 iaitu aku dan rakan-rakan dan pelajar semester 1 yang berkawad telah mendapat tempat ke-2. Tiba-tiba teringat zaman kami semasa semester 1. Kami juga telah mendapat tempat ke-2. Sebelum kami, senior kami pun telah mendapat tempat ke-2 juga. Nampaknya kami generasi tempat ke-2 ja nie. Bilalah dapat naik ke tempat pertama.

Banyak persiapan yang kami lakukan sebelum bermulanya pertandingan kawad. Adik-adik kami telah bermula berlatih pada bulan February lagi hingga semalam. Sungguh banyak usaha mereka. Tak sia-sia latihan mereka selama ini. Pada malam 28 March 2011, kami pelajar semester 6 telah bertungkus-lumus menyiapkan segala accessories untuk digunakan semasa pertandingan. Antaranya ialah membuat kalkulator, bendera, crown dan banyak lagi. Segala penat lelah kami semua tidak sia-sia. Okeylah, banyak dah aku merepek nie...di bawah macam biasa ada gambar kenangan yang sempat di ambil....

inilah barisan kawad farmasi DIA...mereka semua nie part 1




hah..ini lah kalkulator dan king of number kami...lawa kan...



baju merah tu c ella dan c sofia....belakang merak tu part 1 DIA



mereka berdua nie pemegang sepanduk...penat kami buat sepanduk tu....



mereka nie pu kalkulator juga...tapi terpisah....beauty kan...



suasana sebelum pertandingan kawad bermula....



rakan-rakan part 6 ku...



gambar yang ini ialah Diploma Pengurusan Pelancongan...mereka mendapat tempat ke-3



para penyokong...



DIA semasa kawad farmasi....



suasana ketika pengarah berucap



inilah baju baru kami....KING OF NUMBERS



hazirah dan emma...minta puji



mereka minta puji lagi....gambar nie di ambil time pengarah berucap...iskh3



sebelum berkawad...nie lah bendera kami...THE ACCOUNTANCY CLUB (TAC)



abang-abang part 6



pelajar semester 1 DIA...TAHNIAH!!!


Apa-apa pun...tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Tahniah kepada MOHD SASHRIEQ classmateku kerana idea farmasinya sungguh cantik. TAHINIAH SEMUA!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails