Wednesday, October 20, 2010

10/10/10

Hi! Dah lama tak post something.hehe macam biasa busy dengan macam macam kerja. Assignment, class, facebook, tidur, makan dan yang sama waktu dengan nya. Hari ini saya nak bercerita tentang perjalanan ku ke Tawau tempoh hari. Begini kisahnya…

8 october 2010 – sepanjang hari di dalam bus. Mau jadi gila rasanya. Nasib baiklah En. Ardy ada bawa 2 CD (Robin Hood & Percy Jackson). Dapat juga hilang kan perasaan yang hampir nak gila. Sebelum itu, ada sesuatu berlaku. Perjalanan kami terhenti hamper 1 jam disebabkan tanah runtuh. Ingatkan terpaksa patah balik. Nasib baik lah jalan dapat di buka semula. Pada malam sebelum kami bertolak ada lagi kejadian berlaku. Cuma 8 orang ja yang datang pergi meeting. Penama penama yang lain tak jadi pergi disebabkan entah lah apa. Dalam hati berbisik ,“ macam tak jadi ja nie”. Kami di suruh oleh cik Hayat untuk mencari seramai 20 orang ahli kalau nak juga pergi. apa lagi mereka semua pun bergegas lah mencari. Akhirnya, dapat juga mereka cari orang ( langsung tak cari). Kami tiba di UiTM kampus Tawau jam 8++pm.

9 october 2010 – activity bersama pelajar Prekom bermula jam 10am ( ada masalah lagi berlaku). Antara aktivitinya ialah LDK, makan, dan sukaneka. Sukaneka tak dapat dijalankan kerana hujan turun (tapi berhenti juga). Sebelum itu, kami pergi melawat kampus baru UiTM di Balong. Kami mengambil kesempatan waktu sukaneka merayau-rayau di Bandar Tawau. Kali terakhir aku ke Tawau semasa aku berumur darjah 4. Semua tentang Tawau langsung aku tak ingat. Lemah sungguh kepala otak ku ini. Macam-macam lah diorang beli time merayau-rayau. Aku pun sama juga;amplang,kuih cincin dan sayap bakar. Paling sedap dapat makan pisang goreng keju dan mango sago. Pada sebelah malam, LDK diteruskan.

10 october 2010 – kami bertolak ke KK. Seharian dalam bus, jadi gila balik. Kali ini tak ada apa-apa yang di tonton. Pakcik bus langsung tak pasang radio (bosan). Tiba-tiba teringat hari ini 10/10/10 tarikh yang sungguh cantik dan keramat untuk mereka yang ada peristiwa penting (sambil menahan kencing) lalu bermonolog “ bila lah sampai, tak tahan dah ni”.

TIME MEMBELI AMPLANG


TIME MERAYAU-RAYAU



BUDAK2 PRE-COM

2 comments:

Insan Lemah said...

ole2 aku mana?? you owe me!! hahahhaaa.. insyaALLAH nnt aku balik, aku claim balik dgn ko..rememmber that..hhahahaa

aydil fazni said...

HAHA NDA SEMPAT AK BELI TUTUP DAH KEDAI

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails