Friday, May 27, 2011

SYUKRAN

Hi semua!^_^

Finally, after 3 years study at UiTM Sabah since July 2008, I finished my diploma. Syukur tak terhingga aku panjatkan kepada ALLAH SWT yang telah memberikan nikmat yang sangat banyak dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tanpa pertolongan daripada ALLAH SWT, tak mungkin aku berjaya menamatkan diploma pada masa yang ditetapkan. Terima kasih juga kepada keluarga yang banyak menolong..mama, bapa, pakcik..thanks..adik2 juga.

Terima kasih juga kepada kawan2 yang banyak membantu..tanpa bantuan anda siapalah saya. Thanks a lot buat Zul, Sadre dan Shahari yang banyak membantu sepanjang 3 tahun kita bersama..terima kasih kerana meminjamkan kereta anda. Aku masih ingat lagi time pertama kali aku pinjam kereta Zul, aku pinjam sebab nak beli charger laptop pastu kami pegi jamming x bawa tuan punya kereta lagi hehe…Masih segar lagi diingatanku time kita jalan2 pegi tanjung aru..kalau x silap 8 orang kami sumbat dalam kereta Myvi Zul..sorry zul hehe..tak lupa juga kepada Joko yang selalu membantu, terima kasih kerana selalu post di group kita sebagai wakil ku hehe..minta maaf ya Jok, aku kadang2 mengencang bila ko bertanya pasal study..aku memang cam tu kadang hehe sorry. Kepada Heljony, thank u juga..selalu kami Tanya dan minta tolong kau biarpun aku x banyak bertanya hehe. Tidak lupa juga kepada Sashrieq..thanks banyak tolong dalam hal2 yang melibatkan HEA dan HEP serta info2 yang berguna hehe. Tak lupa juga kepada kawan2 classmate dan coursemate ku..Yan, Fel, Ari, Sakinah thanks biarpun tak tau pa kmu tolong aku hehe… Imelda, sofia, cornelia, farah..carol,emma,hazirah,liyana,filza…mayanti,Ino, zarenny, shakila,merilyn, nora, fatin..thanks guys…ella, Jaja , mima terima kasih..dan semua lah yang membantu..


part 1-selepas menang tempat ke-2 kawad



part 2-jalan2 di tanjung aru..kanak2 riang

Aku masih ingat lagi time di simpang mengayau, perkhemahan JPA..temankn diorg si emma p toilet..diorang memang penakut..anjing pun nak takut hehe…time ke kundasang ngan diorang shah, cornelia, sofia dan Imelda..tak sangka aku drive ke kundasang..klau mama ku tau mampus aku hehe..masih segar lagi di kepala ku time group dengan diorang…macam2 kerenah diorang smua tak nak mengalah ishk3…dalam class masih lagi aku ingat si nora yang selalu melawak bila dah nak pulang…si carol yang selalu di ejek pasal mandi..paling aku ingat time duduk sebelah nora class AIS part 4..tension jg sebelah dia, banyak betul dia tanya sampai tak siap keja ku..hehe pastu ada lagi si merilyn yang x pandai diam tambah aku tension…tak lupa juga time kuar ngan diorang si may,mima, zarenny, jaja, ino pergi perdana park di tanjung aru melihat air pancut berirama..best hehe. Si Mima yang selalu lewat pun masih segar di kepala…jgn marah mima hehe


time part 2 juga...kami lah yang kerjakan kereta Myvi Zul hehe


selepas kejohanan olahraga antara program..hanib pun ada

Jutaan terima kasih juga kepada kawan2 yang lain; Ramli, Fariz, Afiq, Hafiz, Juliano,Harry, Afif, Hanib…ingat lagi orang yang selalu di buli Hafiz, kami gelarnya Aji hehe..si Afiq pun tak terlupa selalu juga di buli..thanks kamu dua..tak lupa juga Syafiq, Mahadir, Helmi…time part 1 aku lah balik2 paitung bilik korang hehe…Hanib yang selalu kami suruh2..sorry Nib…kenangan yang selalu diingat ialah time pergi ke tanah kecil, Labuan hehe..memang best dan awesome lah time tu..ada masa kita jalan2 lagi ya…


di feri on the way ke Labuan....takkan di lupa nie


part 3-time camping di simpang mengayau....grrrrrrrr


Terima kasih juga kepada rakan2 Peers…Muleq, Ghazali, Kak Med, Kak Ija, Aan, Irwan dan yang lain2…rakan2 yang lain juga; Xing Xing, Suryani, Izzati, Zulaikah dan yang seangkatan… Jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah..Sir Marius, Mdm Betsy, Mdm azlina, Mdm Dayang, Sir Cyril dan lain2..thanks. Tanpa kamu ilmu kami tak berkat


rakan2 DIA time camping...


hitam itu bergaya...:)


nie plak time paitung di bilik Joko masa part 4.....huru hara biliknya kami kerjakan


time bergambar sekelas..sadre ada juga menyibuk bha


part 5- time class LAW...pura2 rajin ja diorg nie


part 6-selepas kursus kaunseling...yan punya gaya jugalah menang


sarie minta nie gambar ya...cantik ko edit.Peace


Kesimpulannya, terima kasih semua atas pertolongan kalian sama ada langsung mahupun tidak langsung..semoga ilmu yang kita perolehi berguna dan bermanfaat kepada kita, keluarga, agama dan Negara. Sekiranya ada tersilap kata, saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Segala kesalahan anda telah saya maafkan…J

SYUKRAN..ARIGATO..SALAMAT…

Tuesday, May 24, 2011

Aku Jatuh Cinta

As Salam semua^_^ Baru ja menghabiskan satu buku yang sungguh best dan penuh info tentang cinta hehe. Buku itu berjudul YA ALLAH, AKU JATUH CINTA hasil karya BURHAN SODIQ. Buku ini bercerita tentang cinta tanpa diselubungi dosa berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dalam agama Islam. Kepada rakan-rakan muslim, bacalah buku ini anda takkan rugi. Sebenarnya buku ini adik aku yang beli hehe tahnks to my sister.


nie lah muka depan buku tersebut



Buku bertajuk ‘Ya Allah, Aku Jatuh Cinta’ ini memberi bacaan alternatif kepada para remaja tentang perbahasan yang paling disukai manusia, iaitu cinta agar cinta tidak disalahfaham menjadi medan menebar pesona dan membuat dosa. Semoga para remaja mampu melihat cinta secara lebih bermatlamat serta tidak tersilap langkah dalam menilai erti cinta.

Terdapat beberapa intipati yang anda boleh dapati dalam buku ini seperti :
- Peringkat-peringkat cinta dalam Islam iaitu tatayyum, ‘isyk, Syauq, ‘ithf dan intifa’

Cinta dari sudut Psikologi – cinta kerana nafsu, cinta pragmatis dan cinta altruistik.
- Kenali hormon-hormon jatuh cinta – Pheromones, Oxytocin, Vasopressin, Dopamine, Neuropinephrine
- Menjawab persoalan yang selalu diutarakan, “Bolehkah saya jatuh cinta?” menurut perspektif Islam.

Teguklah madu-madu cinta dengan berlandaskan syariat Islam. Jadikanlah hati-hati yang diselubungi cinta indah di dada tanpa mengurakan rasa cinta pada-Mu ya Rabbi…

Ayat yang paling saya suka dalam buku nie ialah= CINTA IBARAT KUPU-KUPU, SEMAKIN KITA MENGHAMPIRI, SEMAKIN IA MENGHINDARI, TAPI KALAU DIBIARKAN IA TERBANG, IA AKAN MENGHAMPIRIMU DI SAAT YANG TAK TERDUGA

SELAMAT MEMBACA

Monday, May 23, 2011

Football

As Salam^_^

Entry kali nie nak bercerita tentang bola sepak. Tentu anda tahu Manchester United (MU) kan? MU telah menjuarai English Premier League (EPL) untuk musim 2010/2011. Tahniah buat MU. Sebenarnya aku tak minat langsung MU nie, aku minat pencabar terdekat MU iaitu Chelsea yang mendapat tempat ke-2 EPL musim 2010/2011. Sabar ja lah.huhu. For your info, MU telah memecahkan rekod Liverpool yang memenangi EPL sebanyak 17 kali sebelum nie iaitu sebanyak 18 kali. Tahniah sekali lagi untuk MU. Tapi, team yang paling aku minat ialah Barcelona hehe. Tak lama lagi MU akan berentap dengan Barcelona untuk merebut Champions League. Barcelona merupakan juara Spain First Division League musim 2010/2011 yang telah meninggalkan Real Madrid sebanyak 4 mata. Tahniah Messi hehe. Cristiano Ronaldo telah memecahkan rekod Laliga dengan menjaringkan 40 gol musim ini..tahniah Ronaldo. Tak sia-sia ko jadi pemain termahal dunia.

Sementara itu, Serie A (Liga Italy) telah di juarai oleh AC Milan untuk musim 2010/2011. Tahniah AC Milan. Tempat ke2 plak Inter Milan, kemudian Napoli. Liga France plak di menangi Lille dan Bunde League di juarai oleh Borrussia Dortmund.

Cristiano Ronaldo, 40 gol LaLiga


Wayne Rooney, selepas menjaring


Fernando Torres, Chelsea


Lionel Messi, pemain no. 1 dunia

Saturday, May 21, 2011

2

Buat pertama kalinya dalam hidupku, aku telah menonton 2 wayang dalam satu hari...first time oh hahaha...panas juga punggung duduk lama-lama nie. Pada 20 May, iaitu semalam, saya, Zul, Sofia dan Shahari telah ke 1 Borneo untuk melihat wayang hehe. Actually, dah lama dah perancangan nie nak kuar tengok ramai-ramai, tapi akhirnya hanya kami berempat sahaja yang mampu huhu. Wayang yang kami tengok offcourse lah lakonan Jonny Deep, PIRATES OF THE CARRIBEAN SEA.

Cerita Jack Sparrow kali nie tentang telaga awet muda yang dapat memanjangkan hayat sesiapa yang meminumnya. Jack Sparrow telah di paksa oleh Angelica anak kepada Blackbeard, Edward Teach untuk menjadi petunjuk ke telaga awet muda tersebut. Siapa yang dapat minum air telaga itu? Pergilah tengok sendiri hehe. Apa yang paling menarik ialah kehadiran mermaid dalam citer nie..CGI filem nie memang menarik terutama mermaidnya.


nie lah watak-watak utama PIRATES OF THE CARRIBEAN SEA ON STRANGER TIDES, dari kiri Kapten Barbossa, Kapten Jack Sparrow, Angelica and Blackbeard


Filem ke-2 yang kami tengok ialah NUR KASIH THE MOVIE. Movie ini ialah kesinambungan citer drama Nurkasih. Sesiapa yang dah tengok dramanya, rugi kalau tak tengok citer nie sebab citer nie adalah penutup untuk karya agung Mira Mustafa. Dalam citer nie, Adam dan Nur Aminah terus menerus dilanda ujian daripada Allah SWT. Pertama, Nur Aminah keguguran, lepas tu, Adam hilang dan akhirnya Adam sakit tinggal beberapa bulan lagi nak meninggal. Abang Adam, Aidil pun turut dilanda ujian iaitu kematian isteri kesayangannya. Berjayakah mereka mengharungi segala ujian yang melanda? Anda saksikanlah sendiri. Watak yang paling saya minat ialah Aidil, lakonan Fizz Fairuz sebab namaku pun Aydil hehe.


Adam, Nur Aminah dan Aidil

SELAMAT MENONTON^_^

Related Posts with Thumbnails