Tuesday, August 23, 2011

NOSTALGIA RAMADHANKU


As Salam^_^

Wah!! Sungguh lama x jenguk blog nie huhu. Hari nie dah masuk ke 24 Ramadhan bersamaan 24 August. Tak lama lagi bulan yang suci dan penuh barakah nie akan melabuhkan tirainya. Sekarang dah masuk ke final stage of Ramadhan yakni fasa pembebasan. Mudah-mudahan kita semua mendapat kebebasan dari api neraka amin.

Puasa hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Masjid-masjid dan surau-surau semakin susut jemaahnya..pada awal puasa masjid dan surau penuh sesak sehingga ada tak dapat tempat. Sekarang, kanak-kanak yang datang senang hati berlari main kejar-kejar. Sebaliknya, pusat-pusat membeli belah dah semakin sesak , jalan2 raya dah sesak gila babi, baju2, kain langsir dah banyak terjual. Dapur rumah dah sibuk dengan bermacam jenis kuih raya. Begitulah tiap tahun scenario bulan puasa di Malaysia. Semakin nak dekat raya semakin tak sabar nak raya. Tiba2 teringat akan tajuk buku SOLUSI ISU 34; SEKIRANYA INI RAMADHAN TERAKHIR, LAYAKKAH AKU BERHARI RAYA?

Ok. Kembali ke tajuk utama hehe. Kali nie aku nak coret tentang bulan Ramadhan ku sepanjang Diploma di UiTM Sabah. Sebanyak 3 Ramadhan sepanjang aku diploma; semester 1,3 & 5. Tym semester 1 dulu semua roomateku non-muslim jadi aku jaranglah stay di bilik. Sepanjang Ramadhan aku stay di bilik member cuz takut tak dapat bangun sahur. Malangnya, banyak kali juga kami tak bangun sahur..sayang ja makanan kami basi huhu.


gambar nie tym BASMI-part 1 (berpuasa tym BASMI)



tym part 1 stay di bilik Sadre(tengah), joko(kiri), aku(kanan)


Tym part 3 plak, aku sorang ja di bilik tak da roommate. Apa lagi, tiap malam pun aku stay bilik memberlah. Bilik yang menjadi mangsaku kali nie bilik Sadre jugalah..thanks Sad. Tym part 5 lagi awesome, semua student lelaki di pindahkan ke asrama baru. Dah la tym tu puasa, kami ada test lagi pagi dan petang..sungguh mencabar iman lah pada masa tu. Kami semua berpuasa masih mampu mengangkat barang2 dan menjalani ujian. Natijahnya, gagal lah test ku huhu.



gambar di Pusat Islam (P.I) before solat terawih



sungkai di rumah sewa diorang Mayanti..si Hel pun turut serta



berpuasa bersama roomate baru tym part 5; dari kiri Shari, aku, Bob dan Dilsa


Biarpun banyak cubaab dan dugaan..puasa ku tetap full hehe. Semoga kita dapat bersahur, berterawih, berbuka dan berpuasa bersama-sama lagi...SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA^_^


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?744b0bb3be05c6a6454639c5a8e1f4df

Friday, August 5, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAKH

As salam^_^

Selepas ja blogwalking..terasa nak post something plak hehe. Semua orang bercerita tentang Ramadhan; ada yang citer tentang bazar, makanan berbuka dan macam2 lagi. Aku pun nak lah juga post tentang puasa hehe.


HAPPY RAMADHAN MUBARAKH^_^



Dah masuk 5 Ramadhan kita semua berpuasa..tak lama lagi raya hehe. Awal bha raya. Tadi tym jalan2 cari buku SOLUSI ISU 34, ternampak orang tengah beli baju raya..hmmm tidak kah terlalu awal. Puasa baru ja mencecah 5, masih lagi dalam fasa 1 yakni fasa RAHMAT. Mereka plak dah tak sabar nak raya. Nie lah apa yang berlaku dewasa nie..umat Islam semakin jauh dari Islam. Tidakkah mereka suka dengan datangnya Ramadhan yang penuh mulia nie. Tiap amalan dan ibadah yang kita lakukan pada bulan nie semuanya mendapat ganjaran yang sungguh lumayan daripada Allah swt. Betullah kata khatib jumaat yang lalu...hari nie bulan Ramadhan merupakan bulan untuk mencari rezeki yang lebih..bazar sana sini...shopping mall sales sana sini..semuanya mengejar kekayaan. Tym solat terawih mereka masih lagi sibuk dengan jualan bazar mereka. Sepatutnya, bulan Ramadhan merupakan bulan yang khusus untuk beribadah dengan melebihkan urusan akhirat dan mengurangkan urusan dunia...

Mudah mudahan Ramadhan kali ie merupakan Ramadhan yang lebih bermakna dan baik dari Ramadhan yang sebelum...Akhir kata, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1432H dan semoga bulan Ramadhan kali nie menjadi platform tuk kita semua umat Islam semakin bertakwa selamanya..AMIN
Related Posts with Thumbnails