Wednesday, September 8, 2010

MOHON MAAF


Dah lama tak update blog. Hari ini baru ada kesempatan. Biasalah kan artis sibuk sana dan sini hehehe (perasaan).

Pejam celik pejam celik, dah sampai ke penghujung RAMADHAN. Tinggal beberapa jam lagi Takbir akan berkemundang. Adakah kita gembira atau sedih? Kalau tanya kawan-kawan,offcourse lah gembira(dapat balik kg beraya,dapat cuti lama-lama bersama family), kalau tanya adik beradik,lagi lah gembira (dapat baju raya baru,ada duit raya), kalau tanya mak dan ayah, macam tak ada apa-apa (raya kah tak raya kah lebih kurang juga). Hakikatnya, mak dan ayah pun gembira cuma tak berapa nampak dari raut wajah mereka (banyak keluar duit kali..hehehe). Tapi, kalau tanya ustaz dan ustazah, tentulah mereka sedih; tak tahu sempat bertemu RAMADHAN yang akan datang atau tidak. Kalau tanya aku, jawapan tak tetap; kadang gembira, kadang tak rasa apa-apa,sedih tak ada lah(kalau ada bagus juga).

RAMADHAN tahun ini paling mencabar buat diri saya. Macam-macam perkara yang berlaku dalam bulan puasa ni. Hari yang paling seksa ialah hari semua kami berpindah ke hotel (hostel baru). Kalau tak silap minggu pertama puasa. Pada hari itu semua tenaga telah ku kerahkan untuk mengangkat barang-barang ku dan barang-barang kawan-kawan ku. Pada hari itu juga kami ada 2 test;pagi dan petang. Paling teruk, saya langsung tak ada study untuk test petang. Natijahnya, tak dapat jawablah. Harap-harap lulus lah.AMIN. SEMOGALAH KAN. Selain itu, bulan ni juga paling banyak keluar duit huhuhu. Ingat boleh jimat, rupanya tak;sama juga macam tahun lalu. Apa tidak, asal sungkai ja,makan di luar. Asal di luar ja,sungkai lah. Semoga RAMADHAN tahun ini merupakan RAMADHAN yang terbaik dan menjadi batu loncatan untuk kita lebih beribadah kepada ALLAH SWT. Semoga kita dipertemukan lagi dengan RAMADHAN yang akan datang. Mudah-mudahan AMIN.


Sebelum Takbir kedengaran, sebelum roh pergi meninggalkan jasad, dengan kesempatan yang ada ini, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, terumpat, terolok, tertuduh bukan-bukan, terbuat anda sakit hati, terhina dan segala macam yang membuat anda marah dengan saya. Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT dan yang buruk serta tak baik itu datang dari diri yang hina ini. Saya cuma insan biasa yang tak lari dari salah dan silap. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.^_^







Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget